"salah satu rahmat allah kepada tentera badar adalah mengantuk dan terlena,apabila mereka terjaga daripada tidur,perasaan takut hilang maka keberanian mendatang....dalam kehidupan ini jangan anda terlalu bermain dengan perasaan......."

bosan giler....

0

Category:

bosan ni merupakan perkara yang paling berbahaya dalam diri setiap insan,,,,,

bila dah bosan ,,,,,suami kawin lain.....
bila hati dah muak,,,,kawan ditinggalkan...

bila hati kering,,,,,maksiat mempengaruhi diri....
bila dah tension,,,teringin pula hisap rokok atau syisha.....

bila dah stress study,,,,mulalah nak keluar malam gi midvalley...
bila dah blur,,,,PES menghibur diri..
namun apabila kalah,,,,,mula mencarut tak ketahuan,,,,,,

sebab kita manusia ,,,,kita mencari hiburan untuk menyelesaikan masalah bosan yang melanda kita sehari-harian....

aku teringat kata2 seorang hamba ni,kalau dah bosan gila lebih baik kau tido sebab dosa pun kurang ketika dalam keadaan tido....

so,sebab aku dah bosan giler,tido laa,,, ,malam leh study...

bye2...

sebab2 berlaku futur,wahai sahabat sekalian

0

Category:

Aku menyelak halaman buku kuliah ketika aku tingkatan 4.

aku terbaca ......bertarikh 19 jun 2008.

11 sebab futur...

1.tak jaga amal fardhi.maka banyak2 lah istigfar

2.tak mujahadah dengan maksiat,,,,mata,,,

jangan pandang samaada doasa itu besar atau kecik
tetapi pandang kepada siapa kita berbuat dosa

3.Ponteng pertemuan ussrah...liqa menambahkan iman

4.Jarang buat perkara yang berfaedah..bangun pagi sambung balik tido....menjadi budaya

5.Tidak berkawan dengan sahabat yang mempunyai visi yang besar,,

6.tidak menepati waktu...

7.Hati jauh daripada Allah.

8.Biasa dengan kesenangan..

9.Niat yang sedikit,,,jadilah kita saudagar niat...

10.Rasa diri ini lemah,,

11.baca benda tak elok...

sekian moga bermanfaat....bye2

masuk panggung bersama mutiara yang hilang

1

Category:

hari ini bertarikh 3 dicember,,,

aku masuk panggung wayang di midvalley,

hanya 18 tahun keatas,mungkin muka cam kebudakan,

aku diminta untuk tunjukan ic....

tak menjadi masalah sebab dapat tiket free....

filem yang aku tonton berkisar mengenai sejarah facebook....

apa yang aku belajar drpd masuk panggung?

1.dahulu naqib aku pernah berkata,bahawa kita dilarang masuk panggung wayang kerna di situ
tempat maksiat

2.kebanyakan filem merendahkan martabat wanita....sebab tulah 18 tahun keatas

3.first time masuk panggung....nak try rasa apa yang best sangat .....

apa yang paling penting bagi aku ....

selama ini kita tak merasai nikmatnya kemanisan iman,,

kita mula ingin mengikuti orang2 disekeliling kita,,,,menjadi fenomena biasa orang disekeliling kita bercouple, tension hisap rokok ,tengok wayang dan bermain gitar....

dan sekarang kita teraba raba mencari mutiara yang hilang ,sedangkan dahulu kita pernah memilkinya..

namun segala2nya membuat kita bertambah bersyukur dengan nikmat iman dan tarbiah yang kita dapat diusia yang masih dikatakan mentah..

mencari mutiara yang hilang tidak sesukar mana kerana dahulu kita telah memilikinya berbanding orang yang tidak pernah menyentuh mutiara sedikit pun....

menangislah kamu kerna mutira yang hilang membuatkan kamu bertambah bersyukur atas kurniaan yang tidak terhingga .......

........................................................................

aku masuk panggung ingin mencari mutiara yang hilang namun tidak ku temui melainkan di tikar sejadah...

mutiara dalam nukilan di atas adlah kemanisan iman yang dahulunya penulis pernah merasinya........

sekian ,tido luuu.....

ku tinggal benda yang lebih penting

0

Category:

Tak ku sangka sudah berakhirnya sem yang pertama....

2 minggu berhempas pulas bergelumang dengan buku...
berakhirnya final,bermulanya enjoy...

Aku termenung sejenak,alangkah sadisnya diriku....
gila babi punya belajar sampai terlupa benda yang lebih penting.....

benda apa...

benda yang membawa kebahgiaan...

juga menceriakan hati yang gelisah...

yang paling penting mengingatkan hamba kpd pencipta...

Itulah AL-quran....

aku terfikir....

ada pepatah mengatakan,,,"kejayaan bukan milik kita"
buktinya....

berapa ramai yang belajar gila2,tapi result hampeh,

berapa ramai orang lepak,tapi result gempak

semoga hidup ini sentiasa dalam rahmat tuhan...
Rajin rajinlah baca Al-QURAN






bersama masa yg berlalu

1

Category:

Lama giler tak tak berkelana kan.....


Maklumlah tengah final...
2 bulan tak pegang laptop,pengorbanan tahap dewa...
masakan tidak berapa banyak kuliah aku ponteng..
so kenalah belajar sendiri..

nampaknya hanya lagi 3 paper lagi and then enjoy....yeyeye...
main pes sampai sawan la,,, ape lagi..,..

apabila sampai tahap mosha masa study ...aku termenung sejenak...

Oh tuhan,berikan aku masa,,, kembali ke masa lalu untuk menjadi budak nerd yang rajin gi kuliah dan buat semua tutorial,

namun aku teringat pada hari penghisaban,,,, ,ketika mana org kafir berkata alangkah baik kalau dulu kami mempercayai ajaran agama islam dan beramal dengan sebenar benarnya.oh tuhan berikan kami masa dan peluang untuk kembali ke dunia dan beramal soleh..

namun masa umpama pedang,,pedang telah mencantas aku dengan hirisan yang memedihkan kerana masa yang telah aku sia-siakan....

itulah aku dan kamu yang digelar manusia......kerana kamu manusia,,,

kalau diberi peluang untuk kembali ke masa lalu pun ,kamu dan aku akan mengulangi benda yang sama.. ....

lebih baik biarkan masa berlalu dan kita tetap kita bersama masa yang berlalu...




hadiah hari jadi teristimewa

0

Category:





ADA APA DENGAN PENSIL .....kau adalah pensil kesayanganku

Pensil di atas adalah pemberian ibuku sempena hari jadi aku ketika aku darjah 5....masa begitu pantas berlalu...dan kini aku menyambut hari jadi yang ke -19...

Congak dengan jari tak ku sangka umur kau bersamaku sudah mencecah 8 tahun lamanya ,namun masih setia berbakti....

Aku rela kehilangan Mini Cooper tapi tidak mampu bernafas tanpa kau sayangku..

Masakan tidak kau telah menemaniku melalui ranjau dunia akedemik ..kau menemaniku pada saat paling getir iaitu didewan peperiksaan ....

Kau telah menyimpan seribu kenangan MANISKU BERSERTA MEMOIR TERINDAH ketika aku menerima keputusan UPSR,PMR dan SPM....aku tahu kau turut tersenyum dan berduka bersamaku,,,,walaupun kau hanya sebatang pensil....



Aku sedar lahiriah kau sudah dimamah usia...

Tulang belakang kau remuk dipijak oleh kawanku ketika aku disekolah menengah,,,CLIP rambut kau yang ikal mayang turut patah ditekan olehku ketika aku disekolah rendah,,,,Namun takdir tuhan telah memberikan kau peluang untuk terus bersamaku...tulang kau yang remuk dibalut olehku dengan rapi dan kemas....kau disahkan tidak lumpuh..sayangku..Namun aku sebagai tuan kau meminta beribu kemaafan kerana tidak menjaga kau dengan baik....maafkan ku ....esh..esh...esh

PENSIL;Janganlah menangis wahai tuanku,kau kan dah besar panjang ,,,dah 19 tahun dah,,berapa tahun lagi jer nak kawin....

AKU;Aku sangat setia bersama kau sayangku sehinggalah aku dikandung badan

PENSIL;Tuan hambakan orang berada,tuan boleh cari yang lebih cantik dan bergaya lagi daripada sayang..

AKU;jangan cakap macam tu sayang,,tuan sama sekali tidak akan menduakan kau sayangku......melalui saat ini tuan akan mnjaga kau dengan baik....tuan berjanji pada diri tuan untuk belajar rajin2 sehingga tuan menggenggam segulung ijazah...tuan sangat menyayangi mu wahai pensilku.....

PENSIL;I LOVE U

bekas gigitan,ketika aku di sekolah rendah...anggaplah tanda sayang...

Jiwa Kacau

0

Category:

Sekarang umur aku masih muda iaitu 19 tahun….apa yang aku fikir sekarang ini adalah membuat persediaan yang cukup rapi bagi menghadapi hari yang mendatang….semua manusia tidak tahu apakah dan bagaimanakah masa depan mereka termasuk aku..apa yang aku dapati dunia semakin merumitkan…

Hati yang kosong mesti diisi…apakah diisi dengan cahaya iman atau kebatilan ..dan sememangnya tidak ada jalan pertengahan…

Cuba aku perhatikan hidup aku setakat ini,aku sekarang berada di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya…benar..menepati ramalan aku di mana aku tidak dapat ke luar Negara..apa yang menyejukkan hati..buat macamana dah memang tak ada rezeki…duk kat Malaysia pun boleh Berjaya..cayo..haha

Bangun Pagi..gi kuliah..belajar dan paling tertekan kena buat tutorial..nafas macam robot yang menyedut ilmu sains..inilah jiwa sains yang kaku dan tidak berseni…

Gaya educated,,hendak Berjaya kenalah study hard..jiwa kacau jiwa kacau…ahh tak larat nak ulang..bukan boleh selesaikan masalah pun…

Ok,,masalah sekarang macamana nak berjiwa seni lantas menjadi lelaki melayu pertama yang cool…wakakak…style gelabah aku ni bilalah nak hilang lapuk dek zaman…

Apa yang aku tahu pasal jiwa seni…

1.Main pes..jiwa gersang penjaring terbanyak…memerlukan kombinasi taktikal yang smart la …senang nak cerita..bola sepak ni memang satu permainan yang berseni dan mampu membuatkan hamba tido tak lena,,,hidup,makan dan bola…apa kejadah tema ni..habis tu ..ko tak mau tido ka main pes sampai pagi..

2Nak berjiwa seni kenalah tonton movie touching jiwa…mampu mengalirkan air mata…bagi saya movie yang kena dengan jiwa asia macam aku ni adalah seperti berikut..

a.MyHero My Boss

b.Adamaya

c.Dragon Zakura

Apa yang aku boleh komen pasal cakerama dan samarinda buatan melayu ni …maju dan semakin kretif malah diselitkan sedikit sebanyak pengajaran islam macam syurgamu ramadhan,syurga cinta dan janji kekasih..cerita yang disebutkan ni bolehlah search kat tv3.com..memang server power…tak ada sekat punya..

Akan bersambung….

menghina bahasa sendiri...

0

Category:

renungan

renungan
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya". - Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

"Kita tidak perlu kepada sekolah yang banyak aliran, bahasa ibunda setiap kaum boleh diselitkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di bilik darjah," - Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim

…Buah ranum pada tangkai; bahasa gugur dari hati, sekali janji, sekali nafi; sekali pancang, sekali pincang,iktibar apakah semua ini? Lalu pemimpin angkuh berkata …Aku apa peduli, kalaupun Shakespear turun ke bumi! Jangan berikan undi, pada mereka yang menghina bahasa sendiri. Jangan diundi pemimpin yang …bertelinga satu, berlidah dua. – Datuk A. Samad Said

nukilan merdeka

0

Category:

fuhhh!mid sem baru habis.....merdeka!!!macam baru habis spm lak..

sempena hari kemerdekaan yang akan menjelma...

ingin sekali saya kongsikan sajak saya yang pertama yang turut mendapat johan dalam pertandingan Hari Kemerdekaan 2008... tingkatan 4...

Pada saat itu,masih jelas dalam ingatan ....

Ketika mana saya diberi penghormatan untuk mendeklamasikan sajak yang bertajuk,

DETIK BAHTERA DIMERDEKAKAN

Malaysiaku kini
telah tiba hembusan nafas ogos
maka detik itu terselaklah hijab
detik dikala bahtera dimerdekakan
waktu di mana buruj berpaksikan
melihatnya tersilaunya mainan diplomasi
tapi terselindungnya seribu muslihat
dari kejahatan sebuah ideologi
berjalan membenamkan khalifah terpahat

Nahkoda dibahtera itu
terlepas bebas kargo empayar
namun terperosok diteluk neokolonialisma
kerana terpukau dek nahkoda
bila melihat duyung mungil globalisasi
bila termenung leka dipelangi sekular
bila bayu komenwel membelai indah

layar kini rosak
tulang belakang kayu musnah
tiang agama sudah runtuh
kerana jerung liberalisma membaham
keran ribut hedonisma menerjah
setelah ombak materelisma mencengkam

bahtera dalam darurat
sedangkan malam menjengah
mempertontonkan sebuah harapan
oleh cahaya di rumah api
dari pulau peradaban

bahtera malaysiaku
kanda ingin merdeka
dinda ingin bebas
mengalahkan musuh baru
neokolonialisma

tidak sesukar itu
tidak jua semudah ini
hanya belajar dari kota peradaban
rumah kita adalah budaya
tiangnya adalah agama

baik rupenya hitler ni

0

Category:

Adakah anda setuju dengan kenyataan ini.....

dalam dunia ini penuh dengan misteri...

jelas sekali Allah menegakkan kebenaran dan menjatuhkan kebatilan....

ada hikmah al-aqsa ....moga umat bangkit dari lena yang panjang ...

sudah cukup masa untuk tidur...

tak matang ke nyanyuk.....

0

Category:

"Sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri.

"Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti," katanya.

"Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir." - Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya (Malaysian Insider, 17 Jun 2010).


penganalisis politik tidak bersetuju dengan kenyataan che det.....
yang mengatakan bahawa pada suatu hari nanti orang melayu akan menjadi bangsa minoriti di negara sendiri.

mungkin....

1.Ini adalah mainan politik supaya orang melayu kembali kepada umno yang kononnya membela nasib orang melayu,

2,mungkin juga ideologi negara bangsa perlu diperkasakan,1 malaysia.....namun apakah sukses,,,,kaum cina lebih memihak kepada pembangkang dalam pilihanraya baru-baru ini.

3.mungkin orang melayu hanya berpecah dalam fahaman politik...

apakah ada benarnya kenyataan che det....bahawa melayu akan jadi bangsa minoriti...

1.lihat sahaja di negara kita, kekuatan ekonomi terletak ditangan orang bukan melayu

2.orang bukan melayu sudah mengenal erti kuasa ,mula lantang dalam parlimen.

3.dasar kerajaan yang sentiasa berubah dari semasa,baru2 ini dasar subsidi akan dikurangkan......sistem pendidikan yang mengancam a+ menjadi taruhan yang mana melihatkan pelajar terbaik spm ,bukan lagi melayu....sistem matrix yang membuka persaingan.....

4.apakah masih mampu bertahan kepada hak2 keistimewaan orang melayu....apakah sekiranya perdana menteri orang melayu segala masalah perkauman akan selesai...

harapan kita untuk hari esok hanyalah kepada kesyumulan islam bukan semangat kebangsaan....kekecelaruan dan kontroversi adalah lumrah politik,,,

apapun kita tunggu dan lihat kebangkitan dakwah islam di malaysia dengan kemunculan ikram..........

Tarikh:
20hb Jun 2010
Masa:
9.00 pagi - 2.00 ptg
Lokasi:
Dewan Konvension Malaysia International Exhibtion and Convention Centre Jalan Dulang Mines Resort City 43300 Seri Kembangan

Keterangan

apa itu IKRAM?

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

MISI dan VISI?

IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:

1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

source: www.ikram.org.my

mari beramai-ramai bergerak untuk Islam..
sila invite kawan2 anda...

nama cik adik siapa

0

Category:


Hendak memulakan persahabatan juga memerlukan kemahiran....

dia nampak baiklah...aku mahu jadikan dia sebagai sahabat rapat......
hmmm..... macamana aku nak mulakan bicara.....

asssalamualaikum,,,,,saya fauzan ,,,awak...

takkan bisa dialog biasa mampu mencairkan hati.....

berdasarkan pengalaman hamba yang hina ini....bermulalah cerita ,,,tekak kehausan manakala badan bermandikan peluh.......

fuhhh,,,panas betullah malaysia,,,,
slrrrpp.....air sirap sejuk yang beranginkan winter sonata...

di hadapan aku duduk seorang berketurunan india,satu meja,satu malaysia,,,,,,,kami baru habis training ambik lesen kereta......

sejujurnya,aku tidak pernah bersembang galak dengan keturunan selain melayu,hidup melayu....

aku mahu mencuba.. namun terlambat.......dia mulakan...

remaja india menyapa ringkas;;; 'tengok blue ker....ada gambar blue tak dalam handset ko'.

aku yang leka berbalas sms tersentak dengan sapaannya ......

fauzan terpana;, 'takdelah,,bro..aku tak mainlah tengok gambar blue ni'.....

selepas itu kami dibuai dengan perbualan hangat pasai susah nak ambik selekoh parking.....

tak kusangka,sapaan sebegitu rupa mampu melonjak momentum bicara...

mari kita jengah bagaimana abbas asisi memulakan sapaan dakwah..

Di dalam bas,,,,,,abbas berakata ;; 'maafkan saya terpijak kaki saudara'.....

Di kolej........tuk..tuk,,, bunyi ketukan pintu....

pintu pun dibuka,,,abbas berkata;; 'adakah ahmad tinggal di bilik ini....oh, ahmad tidak tinggal di sini,kalau macam itu perkenalkan diri,saya abbas,,,saudara pulak.'.

tindakan yang dilakukan abbas sebenarnya dirancang,namun kita tidak perasan.

pentomen 20 tahun sraz

1

Category:

Hanya gerhana,bukan terbenamnya matahari

Pentomen ini kami dedikasikan untuk rakyat palestin yang mewakili umat islam dalam perjuangan mereka membebaskan kota al-quds.kami amat yakin bahawa kemenangan islam akan tiba.suatu hari nanti kota al-quds tidak lagi bermandikan darah dan khalifah akan kembali memerintah.

Babak pertama.

Sekolah al-azhar

Kisah bermula pada satu pagi yang hening dan damai.burung-burung berkicaun dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

(segerombolan budak form1,lebih kurang 3 orang datang kepada ustaz fadli)

Murid-assalamualaikum mualim,mualim nak tahu tak ,kat sekolah ni ada hantuuuu.

Mualim-wslm, esh2,kamu ni mana ada hantu pada zaman moden ni.

Murid2-betul mualim kami nampak dengan mata kami sendiri kat dorm hujung sekali ,ala kat sebelah tandas tuu.

Murid 3-kalau mualim nak tahu,wajah dia putih melepak.

Mualim-kalaulah begitu rupanya,adatak kamu baca mathurat setiap hari.kalau kamu baca insyallah kamu tidak akan diganggu.

Murid 1-itulah yang pelik tu mualim ,puas kami tahan ngantuk untuk baca mathurat ,tapi nampak juga hantu putih melepak tu.hantu tu macam nak kawin dengan saya jer.tau lah saya ni hensem.cehhh.

Mualim-hai sampai ke situ pulak kamu.ok.esok malam mualim akan buat rondaan.mualim harap kamu baca mathurat denagan ikhlas,bukan sekadar kerana takut kepada hantu yang juga merupakan makhluk allah.

Ramai2-terima kasiah mualim.

Mualim-em..kasih diterima.

(pentas gelap seorang senior buka lampu,manakala 4 orang kawan leka dengan bermain cubic)

Pukul 3 pagi.tersebut la seorang senior pulang daripada kelas.senior tersebut masuk kedalam dorm sebelah tandas lalu membuka lampu.

4 orang sekawan dengan wajah putih melepak

Senior-opocot mak kau.lemah semangat aku.hai nasib baik tak mati sakit jantung.

Ali-naim,kau sound skit budak tu.

Naim-weh,tutupla lampu tu.silau aaaa.pontong stim betul la budak ni.betul tak hazim.

Hazim –emh ,kacau konsertasi aku jer,kalau tak aku la juara cubic ni.

Senior-oh,kamu semuala yang selama ni jadi hantu dikatakan oleh budak form1.

Alif-yela ,habis tu sape lagi, takan beruang kot.

Semua gelak.

Senior-hampa semua ni tak takut ke kena marah dengan warden..

Ramai2-biasa bro..

Senior-tak takut ke kena sebat dengan mudir ke.

Ramai2-biasa bro

Senior-kamu tahu tak cubic yang kamu semua main ni adalah setan.disebabkan benda ,hampa lambat solat,disebabkan benda ni hampa tidur lambat dan disebabkan benda ni hampa kacau budak form 1.maka layak la cubic ni dipanggil sebagai setan.sudah latu ,stopla bermain dengan setan ni.

Ali-hai panas telinga aku mendenagr ceramah malam 2 buta ni

Naim-aku ada satu soalan cepu cemas yang perlu dijawab oleh kamu.kalau benda ni setan,setan tu ape?

Tiba-tiba warden masuk.

Warden-setan tu adalah kamu semua yamg bertopengkan manusia.hai apa nak jadi dengan budak2 ni .sanggup tido lambat semata-mata nak main benda ni.oh,takut projek kantoi,hampa jadi hantu kacau budak form1.

Senior-saya pergi dulu ya mualim.

Warden-hai apasal keras macam batu ni.kalau nak jadi hantu sangat,malam ni hampa tido kat atas tar sampai subuh.takyah tido kat dalam dorm.faham.

Ramai2-faham mualim

Naim-kami janji kami takkan buat lagi.mualim..

4 orang sahabt ni akhirnya terpaksa akur dengan denda yang dikenakan kepada mereka iaitu tidur beratapkan langit yang dihiasi dengan bintang 2 berkerlipan.

Naim-aku rasa kita ni kena berubah la.

Alif –em ,betul tuu, sudah tiba masanya untuk kita kembali kejalan redha illah.mungkin kota al-quds lambat dibebaskan disebabkan dosa-dosa kita.dosa-dosa kita sebenarnya melambatkan lagi kemenangan umat islam.aqumu daulatal islam fi qulubikiun taqum fi ardikum.tegakan islam di dalam hati kamu nescaya tertegaklah ia di bumi kamu.kalau kita nak islam tertegak di atas bumi ini kita kena jadikan diri kita muslim yang sejati lantas menjadi ikutan orang2 yang lalai.

Hazim –sejak bila hang jadi ustaz ni.kagum aku tengok hang macam ni.

Ali-sudah2 jom kita solat sunat taubat berjenaah.

Ramai2-jom…..

Itulah kisah 4 oarang sahabat yang terkenal dengan kenakalan mereka.namun mengambil anjakan peradigma untuk berubah menjadi seorang yang baik demi melihat al-aqsa dibebskan dan islam kembali memerintah di muka bumi ini.

Babak ke2

Pada keesokan harinya,selepas sesi persekolahan yang memenatkan..

Hazim-bosan la.aku ada satu permainan baru yang aku namakan sebagai jumanji.nak main tak.

Alif-boleh ja tapi harap bukan main anak patung laaa.

Ali-macamana cara main dia…

Hazim-senang ja cara main dia.meh aku baca .dua orang akan bertarung dengan membaling dua buah dadu..apabila jumlah kedua –dua dadu menunjkkan angka enam sebanyak 3 kali balingan maka keajaiban akan berlaku.ok ana buka.

Cingggggggg.

Alif-apakata naim dan hazim start dulu.

Naim-satu dua tiga.baling.

Hazim –dadu menunjukkan angka enam.ok baling lagi.

Ali-eh enam lagi la.baling lagi

Naim-asal enam lagi ni,tajde nombor lain ke.

Ali alamak angka dadu masih menunjukkan angka enam,maknanya keajaiban akan berlaku.

Cingggggggggggg.aaaaaaaaaaaaaa.

Ali-alif,, mana naim dan hazim

Alif-kat bawah kotak ni kot.eh takde pun

Ali-cuba baca arahan kat bawah tu.

Alif-setelah balingan menunjukkan angka enam sebanyak tiga kali maka kedua-dua orang akan merentasi masa depan.

Ali-ada tak dia cakap macammana nak balik ke masa sekarang semula.

Alif-mereka berdua kembali semula setelah salah seorang daripada mereka melakukan pengorbanan .,alamak macamana kita nak jawab kat mualimah esok,fannul atfal dah nak dekat nie..

Ali-apa yang dimaksudkan dengan pengorbanan.yee.

Pada tahun 2110,di kota gaza,

Naim terjaga daripada koma.

Naim-eh kat mana aku sekarang

Khalifah-kamu berada di kota gaza di palestin

Naim-sekarang tahun ke berapa.

Khalifah-emm2110

Naim-bukankah palestin berada dalam keadaan peperangan.

Khalifah –ya,tapi itu dulu,sekarang sudah kembali aman.kalau kamu nak tahu seluruh kawasan jajahan zionis sudah kami tawani semula termasuk tel aviv.

Naim-kamu siapa.

Khalifah-saya adalah khalifah umat islam.

Naim-bagaimana khalifah boleh bercakap bahasa melayu.

Khalifah-ohhhhh.dulu saya masuk Matrikulasi di Kuala Nerang, degree di Insaniah, master kat UiTM Merbok dan pHD di uum kat kedah.dan sekarang Malaysia menjadi pusat keilmuwan umat islam seantero dunia manakala bahasa melayu merupakan bahasa perantaraan dunia yang kedua selepas bahasa arab.

Setelah naim pulih sihat seperti sedia kala.khalifah mengajaknya pergi ke kotakota besar di sekitar masjid al-quds.

Khalifah-ini masjid al-aqsa yang dibaik pulih.

Naim-ooo.cantiknya macam masjid kristal.bagaimana palestin dibangunkan begitu cepat selepas peperangan.

Khalifah-walaupun rakyat palestin mengalami tempoh peperangan yang sukar menentang penjajah zionis,kami masih menghantar sebahagian daripada rakyat kami ke seluruh dunia terutama di Malaysia untuk menjadi golomgan professional.pada masa itu kami bersikap optimis iaitu yakin bahawa islam akan menang dan bersiap siaga untuk membangunkan palestin.ternyata janji allah adalah benar .terbukti kini islam sudah menang dan al-aqsa sudah pun dibebaskan.

Sekarang kami mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang.

1.Dalam bidang politik,kami hanya memilih pemimpin yang benar-benar bertaqwa sejak dari zaman remajanya lagi

Wahai sekalian rakyat jelata ,di sini ada pemilihan wakil rakyat bagi parlimen kubang pasu.

Sesiapa diantara kalian yang tidak melakukan perkara yang akan disebutkan nanti ,bolah duduk…..

Di antara saudara ,siapakah yang tidak pernah tinggal solat berjemaah sejak dari zaman remajanya lagi……

Soalan kedua,siapakah yang tidak pernah tinggal solat sunat sejak dari zaman remajanya lagi.

Soalan ketiga siapakah yang tidak pernah tinggal qiamulail sejak dari zaman remajanya lagi.

Alhamdulilah …….

Tahniah anda berjaya menjadi ahli parlimen kubang pasu….

Tahniah2…

2.dalam bidang ketenteraan kami hanya memilih panglima yang perkasa

Antara ujian untuk menjadi seorang panglima ialah lari 5km dalam masa tujuh minit.

Calon-ohh,letih benar aku.

Calon ke 2- yeee ana menang..

Sit up sebanyak 100 kali dalam masa 10 minit…

Calon kurus memenangi sit up

Dalam bidang teknologi ketenteraan pula,kami memiliki cyborg2 yang setia

Tunjuk perarakan

Naim- kenapa wajah cyborg semuanya putih

Khalifah-tanda putih menunjukkan bahawa mereka bersih dan suci.bagi seorang cyborg mereka dikatakan suci sekiranya tidak dijangkiti sebarang virus jahiliah.mereka adalah cyborg yang setia.

Naim –ana ada satu soalan yang masih bermain dalam pemikiran ana.bagaimanakah permulaan kebangkitan islam.

Khalifah –kronologinya sungguh panjang dan mengejutkan,inilah gunanya sejarah….ok.malam ini anta habiskan buku ni.esok kita akan adakan rundingan dengan musuh.

Naim-masih ada musuh lagi yang masih hidup….

Khalifah -esok kamu akan tahu siapa mereka……

Babak ke3

Pada waktu malam yang sememangnya kelam.naim membuka lembaran sejarah palestin yang panjang.

Naim membuka helaian demi helain,tiba-tiba dia terbaca satu muka surat yang bertajuk kebangkitan uamat islam sedunia dalam bidang ketenteraan.

Pada tahun 2012,tentera Israel mengganas,mereka memasuki gaza dan melakukan serangan gerila.mereka turut melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Kisah berlaku di gaza,rakyat yang masih hidup diarahkan untuk membuat barisan lurus oleh rejim zionis.

Bangun2

Baris bagi lurus sikit.

Angkat kepala,semua sekali angkat kepala.,angkat tangan

Mat Israel semua boleh membuat bidikan yang tepat ke dahi.

Kita tembak mereka hidup-hidup

Baik bosss.

1,2,3…..

Tiba-tiba bunyi dentuman bomm.seramai lima cyborg berwajah putih keluar secara serentak melalui tingkap-tingkap yang pecah bertaburan.mereka diketuai oleh cyborg hang jebat.lagak mereka umpama komando Rambo yang terlatih.

Sambil tunjuk aksi tembak menembak ,tayang lcd counter strike.sebanyak 6 tembakan.setiap kali tembakan disusuli oleh teriakan kesakitan mat Israel yang terkena tembakan.

Semua mat Israel mati tergolek.maka teriakan takbir berkumandang .

Allahuakbar3

Dalam masa yang singkat,seluruh bumi palestin dibebaskan daripada kekejaman zionis.

Para cyborg merupakan sejenis robot yang dikawal menggunakan computer.cyborg ini boleh dikawal online oleh semua kaum muslimin yang pakar dalam bidang it dari seluruh dunia.

Setelah berlaku kejadian tersebut,seluruh tanah arab dan Negara islam yang lain telah bersatu dan membentuk satu pemerintahan islam di bawah naungan khalifah.maka benarlah janji allah bahawa islam akan menang dan menjadi ustazatul alam .

Naim berasa sangat kagum dan terus menyelak helaian yang seterusnya yang bertajuk Tiada lagi keraguan dalam islam….

setahun selepas umat islam memenangi peperangan,muncul puak2 yang berhasad dengki dengan islam…..

di tengah pasar tel aviv…..

mamat otak mereng-kalau,betul saudara sekalian yakin dengan allah.apakah pekerjaan allah sekarang,maksudnya apakah yang allah tengah buat sekarang..

keadaan bising

orang ramai terpinga-pinga apakah jawapan yang bernas yang mampu mematahkan soalan cepu cemas tersebut….tiba-tiba muncul seorang budak kecil..

berdiri diatas pentas,lalu berkata ringkas.’Allah menegakkan kebenaran dan menjatuhkan kebatilan’…jangan kamu menganggap bahawa allah persis makhluk seperti kita…..allah adalah tuhan sekalian alam .allah adalah tuhan dan kita hanyalah hamba yang hina..

orang ramai pun bertepuk riang kerana seorang budak kecil mampu menyelamat iman umat islam keseluruhannya.

Dalam keadan islam yang semakin mendapat tempat dihati orang ramai di eropah …zionis dan kaum kufar lain berpindah ke amerika syarikat dan melakukan operasi mereka di sana untuk mnghapuskan kaum muslimin.mereka melakukan penyelidikan dalam projek membuat cyborg kufar standing cyborg orang islam.

Babak ke4

Di rumah putih ,bahagian world order,biro illuminati.

Hazim-macamana bos, nampaknya kekuatan islam semakin kuat

Bos-kalau macam itu apakah nadi kekuatan mereka…

Hazim-saya rasa khalifah tuanku.

Bos- ok,kamu hantar orang kamu bunuh khalifah.dan gunakan teknologi kita yang terkini ,iaitu virus h1n1 yang mampu memabukkan data base cyborg.

Hazim-arahan diterima..

Kesokan paginya pun tiba,rundingan dilakukan didalam bilik kebal.

Khalifah bersama naim masuk diiringi oleh cyborg.manakala presiden bersama pembantunya turut diiringi oleh tiga ekor cyborg kuffar.

Naim-hazim,hazim,ana ni. Hazim akula naim.macamana hazim boleh berada di pihak musuh. Emm.mungkin ditawan kot..naim bermonolog.

Khalifah-kami menawarkan kepada anda perdamaian sekiranya kalian memusuhi kami kami terpaksa mengambil jalan peperangan untuk

Yang pertama adalah kami mahu membebaskan perhambaan manusia sesame manusia kepada pengabdian diri hanya kepada Allah.

Yang kedua kami mahu mengeluarkan manusia dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat

Dan yang ketiga kami mahu mengeluarkan manusia daripada kezaliman kepada keadilan islam.

Presiden –kami mengambil jalan peperangan dan menjadi musuh ummat islam sehingga kami dikalahkan.

Tiba2 hazim menyembur virus h1n1 jenis cyborg,lantas cyborg islam dan kuffar mati bergelimpangan.

Naim-hazim apa yang telah kau lakukan.kita kan dah bertaubat nasuha,takkan buat jahat lagi.kita berjanji untuk menjadi muslim yang sejati.hazim kau dengar tak apa yang aku cakap ni..

Hazim-siapa kamu saya tidak kenal kamu.

Naim-nama aku naim,nama kau hazim,dulu kita kawan rapat,dan malang nasib kita apabila kita dihantar ke masa depan setelah kita berdua bermain permainan jumanji.kau ingat tak semua tu.

Presiden –hahahaha cukupla sandiwara dan segala macam senatreon yang kau lakukan naim,hazim bukan lagi seorang manusia biasa,dia adalah manusia semi cyborg,dia hanya mengikut arahan aku…hahahahah.

Khalifah-nampak nya cyborg kita dijangkiti virus ……mereka mngkhinati perjanjian kita untuk mengadakan dundingan secara damai.

Dengan pantas khalifah mengeluarkan pistol dan membunuh presiden.

Hazim menyembunyikan diri ditepi khemah

Naim-hazim,baik kau menyerah hazim sebelum aku terpaksa membunuh kau kerana mengancam khalifah

Hazim-aku tak ingat apa2.,yang aku ingat…aaahhhaahhhah……..kepala aku sakit

Khalifah-nampaknya kita terpaksa bunuh dia sebelum kejadian lebih buruk berlaku.ingat dia bukan lagi manusia,dia seakan-akan cyborg yang terlatih.

Naim-nanti dulu khalifah dia kawan saya…

Hazim-bunuh aku naim,aku tidak boleh kawal diri aku..sebelum aku …..aaahhhhhhh.

Tiba –tiba hazim meluru laju ke depan pentas dan mengangkat sniper m16.namun langkah naim lebih laju.

Dan satu tembakan mengenai tepat kepala hazim.hazim mati di situ.

Naim meluru keaarah hazim…

Naim-hazim……hazim…. Jangan kau tinggalkan aku …..kita akan pulang bersama…hazim…kita berubah …kita akan menjadi sehabat yang baik….

Khalifah-jangan risau takdir tuhan akan membawa kalian pulang kembali ke tempat asal.ingat naim bagi tahu kepada penduduk bumi bahawa kemenangan islam akan tiba dan islam akan kembali menyinar.hanya gerhana,….. bukan terbenamnya matahari…

Tiba2 penglihatan naim menjadi gelap…

Babak ke5

Di sekolah

Naim-ehhh,silaunya….hazim bangun hazim …

Hazim-eehh…kita kat mana ni….

Naim-cuba baca…

Hazim-majlis 20 tahun al-azhar dan fannul atfal

Naim-ehh tengok tuu ramainya orang….

Mualimah-hai yang kamu tercegat kat atas pentas ni nak buat apa.dah2 turun ..majlis dah nak start nih….

Naim dan hazim-aaa terima kasih,terima kasih,terima kasih ,terima kasih

Hazim-naim dahla tuu.mualimah dah marah tuu.

-tamat-

Disediakan oleh ahmad fauzan bin rusli….

12.55pagi 8 April 2010….

.

Hanya gerhana bukan terbenamnya matahari

Disediakan oleh mualim fauzan.