"salah satu rahmat allah kepada tentera badar adalah mengantuk dan terlena,apabila mereka terjaga daripada tidur,perasaan takut hilang maka keberanian mendatang....dalam kehidupan ini jangan anda terlalu bermain dengan perasaan......."

tak matang ke nyanyuk.....

Category:

"Sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri.

"Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti," katanya.

"Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir." - Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya (Malaysian Insider, 17 Jun 2010).


penganalisis politik tidak bersetuju dengan kenyataan che det.....
yang mengatakan bahawa pada suatu hari nanti orang melayu akan menjadi bangsa minoriti di negara sendiri.

mungkin....

1.Ini adalah mainan politik supaya orang melayu kembali kepada umno yang kononnya membela nasib orang melayu,

2,mungkin juga ideologi negara bangsa perlu diperkasakan,1 malaysia.....namun apakah sukses,,,,kaum cina lebih memihak kepada pembangkang dalam pilihanraya baru-baru ini.

3.mungkin orang melayu hanya berpecah dalam fahaman politik...

apakah ada benarnya kenyataan che det....bahawa melayu akan jadi bangsa minoriti...

1.lihat sahaja di negara kita, kekuatan ekonomi terletak ditangan orang bukan melayu

2.orang bukan melayu sudah mengenal erti kuasa ,mula lantang dalam parlimen.

3.dasar kerajaan yang sentiasa berubah dari semasa,baru2 ini dasar subsidi akan dikurangkan......sistem pendidikan yang mengancam a+ menjadi taruhan yang mana melihatkan pelajar terbaik spm ,bukan lagi melayu....sistem matrix yang membuka persaingan.....

4.apakah masih mampu bertahan kepada hak2 keistimewaan orang melayu....apakah sekiranya perdana menteri orang melayu segala masalah perkauman akan selesai...

harapan kita untuk hari esok hanyalah kepada kesyumulan islam bukan semangat kebangsaan....kekecelaruan dan kontroversi adalah lumrah politik,,,

apapun kita tunggu dan lihat kebangkitan dakwah islam di malaysia dengan kemunculan ikram..........

Tarikh:
20hb Jun 2010
Masa:
9.00 pagi - 2.00 ptg
Lokasi:
Dewan Konvension Malaysia International Exhibtion and Convention Centre Jalan Dulang Mines Resort City 43300 Seri Kembangan

Keterangan

apa itu IKRAM?

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

MISI dan VISI?

IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:

1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

source: www.ikram.org.my

mari beramai-ramai bergerak untuk Islam..
sila invite kawan2 anda...

Comments (0)

Post a Comment