"salah satu rahmat allah kepada tentera badar adalah mengantuk dan terlena,apabila mereka terjaga daripada tidur,perasaan takut hilang maka keberanian mendatang....dalam kehidupan ini jangan anda terlalu bermain dengan perasaan......."

hadiah hari jadi teristimewa

0

Category:





ADA APA DENGAN PENSIL .....kau adalah pensil kesayanganku

Pensil di atas adalah pemberian ibuku sempena hari jadi aku ketika aku darjah 5....masa begitu pantas berlalu...dan kini aku menyambut hari jadi yang ke -19...

Congak dengan jari tak ku sangka umur kau bersamaku sudah mencecah 8 tahun lamanya ,namun masih setia berbakti....

Aku rela kehilangan Mini Cooper tapi tidak mampu bernafas tanpa kau sayangku..

Masakan tidak kau telah menemaniku melalui ranjau dunia akedemik ..kau menemaniku pada saat paling getir iaitu didewan peperiksaan ....

Kau telah menyimpan seribu kenangan MANISKU BERSERTA MEMOIR TERINDAH ketika aku menerima keputusan UPSR,PMR dan SPM....aku tahu kau turut tersenyum dan berduka bersamaku,,,,walaupun kau hanya sebatang pensil....



Aku sedar lahiriah kau sudah dimamah usia...

Tulang belakang kau remuk dipijak oleh kawanku ketika aku disekolah menengah,,,CLIP rambut kau yang ikal mayang turut patah ditekan olehku ketika aku disekolah rendah,,,,Namun takdir tuhan telah memberikan kau peluang untuk terus bersamaku...tulang kau yang remuk dibalut olehku dengan rapi dan kemas....kau disahkan tidak lumpuh..sayangku..Namun aku sebagai tuan kau meminta beribu kemaafan kerana tidak menjaga kau dengan baik....maafkan ku ....esh..esh...esh

PENSIL;Janganlah menangis wahai tuanku,kau kan dah besar panjang ,,,dah 19 tahun dah,,berapa tahun lagi jer nak kawin....

AKU;Aku sangat setia bersama kau sayangku sehinggalah aku dikandung badan

PENSIL;Tuan hambakan orang berada,tuan boleh cari yang lebih cantik dan bergaya lagi daripada sayang..

AKU;jangan cakap macam tu sayang,,tuan sama sekali tidak akan menduakan kau sayangku......melalui saat ini tuan akan mnjaga kau dengan baik....tuan berjanji pada diri tuan untuk belajar rajin2 sehingga tuan menggenggam segulung ijazah...tuan sangat menyayangi mu wahai pensilku.....

PENSIL;I LOVE U

bekas gigitan,ketika aku di sekolah rendah...anggaplah tanda sayang...

Jiwa Kacau

0

Category:

Sekarang umur aku masih muda iaitu 19 tahun….apa yang aku fikir sekarang ini adalah membuat persediaan yang cukup rapi bagi menghadapi hari yang mendatang….semua manusia tidak tahu apakah dan bagaimanakah masa depan mereka termasuk aku..apa yang aku dapati dunia semakin merumitkan…

Hati yang kosong mesti diisi…apakah diisi dengan cahaya iman atau kebatilan ..dan sememangnya tidak ada jalan pertengahan…

Cuba aku perhatikan hidup aku setakat ini,aku sekarang berada di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya…benar..menepati ramalan aku di mana aku tidak dapat ke luar Negara..apa yang menyejukkan hati..buat macamana dah memang tak ada rezeki…duk kat Malaysia pun boleh Berjaya..cayo..haha

Bangun Pagi..gi kuliah..belajar dan paling tertekan kena buat tutorial..nafas macam robot yang menyedut ilmu sains..inilah jiwa sains yang kaku dan tidak berseni…

Gaya educated,,hendak Berjaya kenalah study hard..jiwa kacau jiwa kacau…ahh tak larat nak ulang..bukan boleh selesaikan masalah pun…

Ok,,masalah sekarang macamana nak berjiwa seni lantas menjadi lelaki melayu pertama yang cool…wakakak…style gelabah aku ni bilalah nak hilang lapuk dek zaman…

Apa yang aku tahu pasal jiwa seni…

1.Main pes..jiwa gersang penjaring terbanyak…memerlukan kombinasi taktikal yang smart la …senang nak cerita..bola sepak ni memang satu permainan yang berseni dan mampu membuatkan hamba tido tak lena,,,hidup,makan dan bola…apa kejadah tema ni..habis tu ..ko tak mau tido ka main pes sampai pagi..

2Nak berjiwa seni kenalah tonton movie touching jiwa…mampu mengalirkan air mata…bagi saya movie yang kena dengan jiwa asia macam aku ni adalah seperti berikut..

a.MyHero My Boss

b.Adamaya

c.Dragon Zakura

Apa yang aku boleh komen pasal cakerama dan samarinda buatan melayu ni …maju dan semakin kretif malah diselitkan sedikit sebanyak pengajaran islam macam syurgamu ramadhan,syurga cinta dan janji kekasih..cerita yang disebutkan ni bolehlah search kat tv3.com..memang server power…tak ada sekat punya..

Akan bersambung….

menghina bahasa sendiri...

0

Category:

renungan

renungan
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya". - Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

"Kita tidak perlu kepada sekolah yang banyak aliran, bahasa ibunda setiap kaum boleh diselitkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di bilik darjah," - Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim

…Buah ranum pada tangkai; bahasa gugur dari hati, sekali janji, sekali nafi; sekali pancang, sekali pincang,iktibar apakah semua ini? Lalu pemimpin angkuh berkata …Aku apa peduli, kalaupun Shakespear turun ke bumi! Jangan berikan undi, pada mereka yang menghina bahasa sendiri. Jangan diundi pemimpin yang …bertelinga satu, berlidah dua. – Datuk A. Samad Said

nukilan merdeka

0

Category:

fuhhh!mid sem baru habis.....merdeka!!!macam baru habis spm lak..

sempena hari kemerdekaan yang akan menjelma...

ingin sekali saya kongsikan sajak saya yang pertama yang turut mendapat johan dalam pertandingan Hari Kemerdekaan 2008... tingkatan 4...

Pada saat itu,masih jelas dalam ingatan ....

Ketika mana saya diberi penghormatan untuk mendeklamasikan sajak yang bertajuk,

DETIK BAHTERA DIMERDEKAKAN

Malaysiaku kini
telah tiba hembusan nafas ogos
maka detik itu terselaklah hijab
detik dikala bahtera dimerdekakan
waktu di mana buruj berpaksikan
melihatnya tersilaunya mainan diplomasi
tapi terselindungnya seribu muslihat
dari kejahatan sebuah ideologi
berjalan membenamkan khalifah terpahat

Nahkoda dibahtera itu
terlepas bebas kargo empayar
namun terperosok diteluk neokolonialisma
kerana terpukau dek nahkoda
bila melihat duyung mungil globalisasi
bila termenung leka dipelangi sekular
bila bayu komenwel membelai indah

layar kini rosak
tulang belakang kayu musnah
tiang agama sudah runtuh
kerana jerung liberalisma membaham
keran ribut hedonisma menerjah
setelah ombak materelisma mencengkam

bahtera dalam darurat
sedangkan malam menjengah
mempertontonkan sebuah harapan
oleh cahaya di rumah api
dari pulau peradaban

bahtera malaysiaku
kanda ingin merdeka
dinda ingin bebas
mengalahkan musuh baru
neokolonialisma

tidak sesukar itu
tidak jua semudah ini
hanya belajar dari kota peradaban
rumah kita adalah budaya
tiangnya adalah agama