"salah satu rahmat allah kepada tentera badar adalah mengantuk dan terlena,apabila mereka terjaga daripada tidur,perasaan takut hilang maka keberanian mendatang....dalam kehidupan ini jangan anda terlalu bermain dengan perasaan......."

Pelik bin Ajaib

Category:


Pelik bin Ajaib,mungkin nama ini sejodoh denganku.Senget kepala tergeliat leher.pekir punya fikir.akirnya pelik bin ajaib adalah clue bagi soalan cepu emas ini.

"kenapa anda tidak mahu berubah?"
sebab.....
"hanya orang tua sahaja yang bertenggek di masjid"
rasanya.........
"nyamuk suka gigit gua la sebab darah gua manis"
masa...............
"time muda belacan harumnya kan sekali sahaja"

apala lu ni,buat sakit otak je ..nama nyamuk perencah belacan pun kau jual.

sudah,sudah,enjoy lagi best.

sedikit sekali insan yang cakna umat.yang ada hanyalah serigala jadian yang toye,dono dan meluat.perghhh,ayat power!!!rosak bahasa.istighfar2.


pengalaman tidak semudah korek taik gigi.berharga dan bermakna.ia datang dan pergi.6 tahun aku menimba ilmu di bumi wakaf hira.perasaan ingin tahu aku,aku gagahkan diri melontarkan soalan ini kepada sahabat yang nakal.

"kenapa anta tidak mahu berubah?"


1>Kerana kami tidak mahu HIPOKRIT.

mereka mahu menjadi diri mereka yang sebenar walau di mana mereka berada.

"aku tak mahu solat sunat,baca mathurat,qiamulail dan ikut usrah di sekolah ,sebab di rumah pun aku tak semua benda nih,"

maknanya hampa nak masuk nerakalah......
bengang juga aku.........

2>Kerana kami lebih banyak makan ASAM GARAM.

selalunya luahan ini datang drpd mat senior kpd si budak mentah junior yang berani menegur kesilapan mereka.

"eh,baru setahun jagung,memandai-pandai tupai budak hingusan ini nak tegur aku."

patutla cepat dapat darah tinggi sebab makan garam terlebih..........
senior tu ego terlebih melo..........

3>Kerana HIDAYAH tak sampai lagi kot.

"hati kami sudah gelap,namun awan tak selalunya mendung,bila tiba masanya mentari akan muncul dan hidayah akan sampai lantas kami akan bertaubat nasuha."

kematian tidak kenal erti masa......
dan apakah ini jawapan yang akan dijawab dihadapan Allah.......

4>Biar orang nampak kami JAHAT,tapi sebenarnya hati kami BAIK.

ini mesti kes budak movie nie,ala macam cerita Robinhood,secara zahir curi harta bangsawan,sirr sedeqahkan harta tersebut kepada orang miskin.
matlamat tidak menghalalkan cara........
heh,lu ni bukan artis,ingat,tapi seorang hamba ALLAH..................

5>Sebab mereka semua tidak MENEGUR aku..

"ana berasa bangga dan selesa dengan gaya rambut punk kerana kawan2 ana tidak pernah menegur ana,yeyeh,yeyeh......."

dah tahu benda tu salah,nak buat jugak,pelik2........
siapa sangka orang yang bersalah ingin jugak mendapat teguran........

6>Sebab orang baik TIDAK mahu berkawan denganku.

" aku jadi jahat sebab orang baik tak mau kawan dengan aku.faham."

aku rasa hang kot tak faham,macam mana orang baik nak kawan dengan hang sebab hang kata hang jahat.

cuba hang jadi baik,nik aziz pun nak kawan dengan hang apa..........
kawan kan cerminan diri........

belum sampai kepada konklusi.mungkin perspektif yang tidak matang ini menjadi penghalang mereka untuk berubah.remaja ini kuat dengan prinsip.kita perlukan hujah yang pedas yang membuatkan mereka sedar akan bahana 6 perspektif yang pelik bin ajaib.mungkin saudara lebih arif drpd saya ,tidak salah kongsi pendapat anda tentang perihal yang kita bincangkan ini.....sekian saja daripada saya.saya dahului dengan ucapan terima kasih.
hasil analisa by ahmad fauzan bin rusli












Comment (1)

wah. refresh.mereka akan rasa bersalah walau sebesar atom tika mereka buat salah.Itulah indahnya fitrah. Teruskan menggali~

Post a Comment