"salah satu rahmat allah kepada tentera badar adalah mengantuk dan terlena,apabila mereka terjaga daripada tidur,perasaan takut hilang maka keberanian mendatang....dalam kehidupan ini jangan anda terlalu bermain dengan perasaan......."

Jom Jaulah Johor

Category:

   Selama mana tuhan mahu menunjukkan jalan. Sepanjang jalan hamba berusaha. Pencarian perlu diteruskan sehinggalah tuhan menunjukkan takdirNya.

16 January 2013
  Aku ditugaskan sebagai PIC aktiviti utk minggu ini. Seperti biasa sebulan musim exam tidak ada usrah tapi digantikan dengan aktiviti ringan utk memberi ruang kepada kami semua menelaah pelajaran. Hari ini lepas isyak kami makan malam bersama di restoran satay willy. Cukup 8 batang. Itu saja aktiviti minggu ni.Tidak pula menjangkakan aktiviti akan dileretkan sehingga jam 3 pagi.


  Naqib ada memberitahu kami bahawa ada seorang pakcik bernama Salleh ingin bersama kami makan malam bersama. Namun pakcik Salleh mengubah fikiran dan kami pula yg pergi ziarah ke rumahnya di Mantin, tidak jauh lebih kurang 15 minit dari Nilai. Kami menunggu seorang kawan di masjid putra nilai sebelum bertolak. Sambil menunggu kami berbincang mengenai jaulah ke johor.

17 January 2013
  Jam menjejak 12 pagi. Sampai saja di apartment, kami naik lif dan pakcik menunggu kami di tingkat 6. Kami masuk ke rumahnya dan bersila dalam buatan. Ada cucur dan keropok utk kami jamah. Banyak juga. Apakan daya perut kami sudah kembung.

  Awalnya kami bertaaruf sedikit sebanyak. Lalu giliran pakcik Salleh membuka ruang bertanya kepadanya apa apa soalan. Aku bertanya perihal kerja dan pelajaran. Pakcik salleh merupakan lulusan kejuruteraan dari US. Namun sekembalinya di Malaysia, dia hanya bekerja selama 3 bulan sebagai juretera. Menariknya selepas itu, sehingga sekarang pekerjaannya tidak ada kaitan dengan bidang yg diceburinya. Dia kini sebagai pegawai daftar kerajaan ke mesir. Dia menasihati bahawa degree hanyalah sebagai lesen untuk mendapatkan pekerjaan. Kita tidak tahu apa rezeki kita. Cukup sekadar ada lesen terpulang kepada kita utk memilih kereta apa yg hendak dibawa.

  Soalan terakhir soalan yang paling menarik, Miqdam bertanya mengenai apa yg pakcik harapkan dalam jalan dakwah. Dia membalas bahawa dia ingin mati didalam dakwah. Meski Nampak dia sihat namun dia ada pelbagai penyakit. Pernah kena stroke sebanyak 2 kali. Masa zaman mudanya dia tak pernah terfikir soalan sebegitu, hanya bergembira bersama ihkwah dan akhlak yg ditonjolkan oleh ikhwah lain. Dia akui bahwa ramai ikhwah berjaya dalam apa jua bidang yg diceburi kerna ikhwah sudah dilatih dalam tarbiah. Soal amanah,berdisiplin dan bertanggungjawab.Tidak ada sapa suruh ikhwah berbuat baik. Bukankah akhlak itu terlahir sendiri hasil tarbiah tanpa perlu disuruh dan dipaksa.

  Katanya lagi, dalam dakwah kenapa kita tak seperti seorang yg memohon pekerjaan. Begitu beria kita mahukan pekerjaan dunia. Apakah kamu tahu bahawa mereka yg memunuhi janji mereka kepada Allah akan dibalas syurga. Sudah dijamin dan bukankah ianya lebih baik. Mengapa kita suka memberi alasan. Mengapa kita tidak berbangga. Mengapa perkataan biasa keluar dari mulut kita. Saya ni biasa biasa saja. Sepatutnya kita berebut rebut, mendekatkan diri malah menawarkan diri apa yg boleh dibuat dalam medan dakwan dan tarbiah. Jika ada kelemahan minta tolong ajarkan.

  2 jam sudah berlalu. Semua menadah telinga mendengar mendengar kisah pengalaman yg berguna. Ada yg tersengguk keletihan. Pakcik Salleh cuba mengalih topik, semua kembali segar bugar. Dan kali ni soal cinta dan perkahwinan. Dia mempersoalkan mengenai akhawat lebih cenderung percayakan orang lain berbanding ikhwah sendiri. Alasan akhawat malu. Dibalasnya api, lebih malu dengan ikhwah berbanding mat saleh? Balasnya lagi kini berasap, anda akhawat boleh malu kalau anda mahu jadi isteri saya. Semua hrmm..tak mahu digelengnya… Ada akhawat yg merasakan dia lebih baik dan tidak mahu menjadikan ikhwah sebagai suami. Mungkin ego. Awak ni nak kawen ngan saya, awak ni baik sangat ker? Sebelum kami balik, baru kami tahu bahawa pakcik pernah kawen masa muda dan kawen muda. Dia beristeri 2 kini. Sinisnya lagi, nanti sambung lagi masa daurah cinta.hehe.

  Takat itu saja kot. Saya pon dah letih bangat. Jam menunjukkan 4.44 am. Mahu rehat .Esok perjalanan lebih panjang.

20 January 2014
 Aku sambung menaip ketika aku sedang baring dalam koc L8. Agak santai di atas katil tingkat atas. Perjalan dan menulis seakan dua pasangan yang seakan tidak mahu berpisah. Persamaan mereka sungguh kuat, kerna keduanya punya naluri yg sama. Naluri yg menyayat hati kerna liku yg selalu berduri. Bukannya apa hanyalah untuk dikenang oleh diri sendiri sebagai bekalan sepanjang jalan itupun selagi hayat masih dikandung badan.
Imbas kembali

17 January 2014
 Selepas solat jumaat,kami semua bergegas ke batul zumar(nama sebuah rumah ikhawah di nilai).Semua sibuk bersiap utk pastikan tidak ada barang yg tertinggal.7 orang cukup cukup muat untuk sebuah kereta proton Exora. Singgah sekejap di Masjid Nilai utk solat asar sebelum meneruskan perjalanan ke Senggerang.

 Kami berhenti utk makan malam setibanya di Batu Pahat.Menunya agak menarik iaitu Mee Racun. Apalah yang racun sangat tu.Tanya kami lagi dalam hati.Aku sendiri begitu teruja utk merasakannya. Aku nie boleh dikatakan agak songeh jugaklah bila sentuh bab bab makanan ni. Aaaahh kuahnya macam bistik.Tidak ada apa yg special.hehe..



Malam masih muda.Jam menunjukkan pukul 9 malam. Kami sudah jamak maghrib dan isyak di perhentian pulas. Hasil perbincangan kami bersetuju utk berlepak di dataran batu pahat. Dengar khabarnya agak berwana warni dan meriah  Di dataran,kami berbincang perjalan utk esok hari. Kami cuba menelefon pakcik pakcik utk buat appointment sebagai confirmation utk edisi jaulah kesokan harinya.

18 January 2014
 Kami sampai ke Senggerang dalam jam 12 pagi.Di sana kami menginap di rumah saudara Adib.Keluarganya menyambut baik kehadiran kami.Disediakan 3 bilik dan masing masing ada tempat tidurnya.Yang lain tidur atas katil.Aku pula memilih utk tidur atas tilam saja.

Semua tidur nyenyak.Keletihan agaknya.Aku pula tidak boleh tidur malam tu. Mana tidaknya sudah sebulan aku tidak tidur dikala malam menjelma.Sebulan lamanya aku study pada waktu malam tanpa henti sehingga solat subuh.Sudah terbiasa gamaknya.

 Dalam jam 5 pagi.Aku bergegas bangun dan terus mandi.Masa berbaki sblm solat asar,diisi dengan solat tahajjud dan bermain pes 2013.Masuk sahaja waktu subuh,kami bergegas ke masjid berdekatan.Kami menjamah sedikit sarapan.Lalu bergegas betolak ke destinasi pertama.

 Destinasi pertama kami adalah maktab perguruan.Di masjid kami disambut oleh dua orang mahasiswa..Seorang sudah bergraduasi dan seorang lagi masih belajar di tahun 3.Ada sebuah bilik disebelah kiri masjid.Di situ kami berjumpa dengan tokoh pertama iaitu ustaz Isa.Kami semua duduk di atas kerusi dan bertaaruf sesame kami.Habis sahaja taaruf ustaz bertazkirah ringkas.Tazkirahnya menyentuh perihal berjidal. Mereka yg suka berjidal sebenarnya dalam hati mereka penuh keraguan. Beliau memberi contoh kisah para nabi nabi.Ustaz seorang yang pakar dalam taranum dan juga dalam pengajian tafsir Al-Quran.Ustz tidak lama bersama kami kerna ada urusan lain.Selepas menjamah sedikit sarapan nasi lemak.ustz isa bergegas keluar dan digantikan oleh isterinya ustazah ummi.ustazah bertanya perihal perkembangan di USIM.Naqib kami saudara wafy bercerita sedikit sebanyak.Akhir kata ustazah menasihati kami agar terus istiqamah dalam jalan ini.Istiqamah bukanlah bermaksud duduk tak buat apa,tapi berusaha utk terus memberi sumbangan.


 Selepas itu kami singgah sekejap di kampung ustz Isa.Katanya ada ikhwah uthm sedang berdaurah di situ. Sampai saja di sana,benar ada program daurah di situ bertajuk usul isyrin.Kami disambut dengan begitu mesra setibanya kami disana.Kami bertaaruf sedikit sebanyak dalam bulatan.Program daurah diteruskan seperti biasa dan hanya sebahagian daripada mereka sempat kami bertaaruf. Mereka begitu peramah dan mudah mesra. Sekejap sahaja sudah terasa begitu mendalam ikatan persaudaraan itu wujud. Begitu cepat terasa ramah. Begitu indahnya ukhuwwah ini.Terasa sayu meninggalkan mereka namun apakan daya perjalan masih jauh.Kami bersalaman dan menyambung perjalanan ke Pontian.Dalam perjalanan,saya bercakap dalam hati, mereka golongan yg unik.Tidak mustahil dengan tarbiah golongan seperti mereka boleh dibentuk.Mungkin Ikhwah dimana mana saja semuanya begitu bisikku lagi.


 Di Pontian,kami singgah utk makan tengahari di rumah abang ipar saudara Miqdam.Masuk sahaja dalam rumah,sudah terhidang makanan di atas meja.Begitu banyak lauknya berupa ketam,ikan dan kangkung.Keluarga tersebut dikurniakan dua orang anak lelaki.Saudara Hasif yg merupakan anak bongsu dikalangan kami riang bermain dengan mereka.Kami tengok sahaja.Geleng geleng kepala.Habis sahaja solat berjmeaah di ruang tamu,pakcik yg merupakan ayah kepada abang ipar Miqdam memberikan sedikit sepatah dua kata.Tidak pernah menyangka, sekadar menumpang utk menjamah sedikit makanan tengahari rupanya masih ada pengisian hati.Begitu unik takdir Illahi menentukan perjalanan jaulah kami.Pakcik berumur sudah menjangkau 80 tahun tapi kelihatan bergitu sihat dan bersemangat.Dia mengingatkan kami tentang kehidupan ini. Tidak ada sesiapa di dunia ini yg tidak pernah buat salah. Semua orang akan mati dan destinasi akhir mereka samada Syurga ataupun Neraka, tapi ingatlah di dunia ini jangan sesekali berputus asa dengan Allah.Tuhan Maha Pengampun.

 Sebelum bertolak pergi, kami bertangkap gambar dan bersalaman.Aku memeluk pakcik begitu erat.Terasa mendalam akan sesuatu yg amat dalam menusuk dalam hatiku.Aku juga akan tua,tapi apakah jiwaku sepertinya pada waktu itu.


 Selepas itu perjalan diteruskan ke kuarters guru.Disana kami menaiki tanggga ke tingkat 4.Kami memberi salam dan ustaz suhaimi menjemput kami masuk.ke rumahnya.Kami duduk di atas sofa di ruang tamu.Ustz bercerita mengenai sejarah bagaimana dia terjebak dalam jalan dakwah ini.Ianya bermula sejak ustz di sekolah menengah lagi.Kemudian ustz bersama sahabatnya sambung belajar ke Mesir.Ustaz begitu sedih dengan ramai sahabatnya ketika di Mesir dahulu memilih ISMA.Sedikir sebanyak ustz bercerita mengenai sejarah IKRAM dan keluarnya ISMA dari jemaah.Katanya lagi, yang sedihnya orang orang bawahan dalam ISMA tidak menerima maklumat yang betul dan tepat.Dia menasihati kami supaya banyakkan membaca .Wajib peruntukkan masa setiap hari sejam utk membaca bacaan tarbiah. Cuba manfaatkan masa sebaik mungkin ketika masih di alam universiti.




 Pukul 4.30 kami bertolak ke skudai.Hasrat ingin bermain futsal bersama ikhwah utm.Kami menunggu seorang ikhwah utm di stesen minyak utk menunjukkan kami jalan ke padang futsal.Sampai sahaja di sana ada beberapa ikhwah sedang menunggu kami.Kelihatan pelik juga kami sekadar berseluar jean dan tidak ada gaya nak main futsal .Pada awalnya ada sebahagian dariapda kami tidak mahu bermain.Mungkin agak keletihan dan pening peinng disebabkan perjalanan yg jauh.Tapi pada akhirnya semua daripada kami turun bermain.Tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini mungkin.Entah bila lagi dapat datang ke sini lagi. Kami semua dibahagikan kepada 3 kumpulan.Kelihatan ikhwah dari USIM lebih menonjol.Saya sumbat satu gol..Ada peluang utk sumbat gol kedua.Boleh saja rembat masuk gol tapi batalkan hasrat kerna tidak mahu terlalu rakus sehingga boleh mencederakan keeper.Hehe.


bersambung..tapi dah 2 minggu berlalu terlupa nak sambung....nak sambung ka tak??tanya pembaca laa..kamu laa yg baca tue...

gambar jer lah utk aktiviti malam dan keesokannya...dah malas nak menaip..hehe


keesokannya aktiviti diakhiri dengan bermandi manda di gunung ledang...

Comments (0)

Post a Comment