Selama mana tuhan mahu menunjukkan
jalan. Sepanjang jalan hamba berusaha. Pencarian perlu diteruskan sehinggalah
tuhan menunjukkan takdirNya.
16
January 2013
Aku ditugaskan sebagai PIC aktiviti utk
minggu ini. Seperti biasa sebulan musim exam tidak ada usrah tapi digantikan
dengan aktiviti ringan utk memberi ruang kepada kami semua menelaah pelajaran.
Hari ini lepas isyak kami makan malam bersama di restoran satay willy. Cukup 8
batang. Itu saja aktiviti minggu ni.Tidak pula menjangkakan aktiviti akan
dileretkan sehingga jam 3 pagi.
Naqib ada memberitahu kami bahawa ada seorang
pakcik bernama Salleh ingin bersama kami makan malam bersama. Namun pakcik
Salleh mengubah fikiran dan kami pula yg pergi ziarah ke rumahnya di Mantin, tidak
jauh lebih kurang 15 minit dari Nilai. Kami menunggu seorang kawan di masjid
putra nilai sebelum bertolak. Sambil menunggu kami berbincang mengenai jaulah
ke johor.
17
January 2013
Jam menjejak 12 pagi. Sampai saja di
apartment, kami naik lif dan pakcik menunggu kami di tingkat 6. Kami masuk ke
rumahnya dan bersila dalam buatan. Ada cucur dan keropok utk kami jamah. Banyak
juga. Apakan daya perut kami sudah kembung.
Awalnya kami bertaaruf sedikit sebanyak. Lalu
giliran pakcik Salleh membuka ruang bertanya kepadanya apa apa soalan. Aku
bertanya perihal kerja dan pelajaran. Pakcik salleh merupakan lulusan
kejuruteraan dari US. Namun sekembalinya di Malaysia, dia hanya bekerja selama
3 bulan sebagai juretera. Menariknya selepas itu, sehingga sekarang
pekerjaannya tidak ada kaitan dengan bidang yg diceburinya. Dia kini sebagai
pegawai daftar kerajaan ke mesir. Dia menasihati bahawa degree hanyalah sebagai
lesen untuk mendapatkan pekerjaan. Kita tidak tahu apa rezeki kita. Cukup sekadar
ada lesen terpulang kepada kita utk memilih kereta apa yg hendak dibawa.
Soalan terakhir soalan yang paling menarik,
Miqdam bertanya mengenai apa yg pakcik harapkan dalam jalan dakwah. Dia membalas bahawa dia ingin mati
didalam dakwah. Meski Nampak dia sihat namun dia ada pelbagai penyakit. Pernah
kena stroke sebanyak 2 kali. Masa zaman mudanya dia tak pernah terfikir soalan
sebegitu, hanya bergembira bersama ihkwah dan akhlak yg ditonjolkan oleh ikhwah
lain. Dia akui bahwa ramai ikhwah berjaya dalam apa jua bidang yg diceburi
kerna ikhwah sudah dilatih dalam tarbiah. Soal amanah,berdisiplin dan
bertanggungjawab.Tidak ada sapa suruh ikhwah berbuat baik. Bukankah akhlak itu
terlahir sendiri hasil tarbiah tanpa perlu disuruh dan dipaksa.
Katanya lagi, dalam dakwah kenapa kita tak
seperti seorang yg memohon pekerjaan. Begitu beria kita mahukan pekerjaan
dunia. Apakah kamu tahu bahawa mereka yg memunuhi janji mereka kepada Allah
akan dibalas syurga. Sudah dijamin dan bukankah ianya lebih baik. Mengapa kita
suka memberi alasan. Mengapa kita tidak berbangga. Mengapa perkataan biasa
keluar dari mulut kita. Saya ni biasa biasa saja. Sepatutnya kita berebut
rebut, mendekatkan diri malah menawarkan diri apa yg boleh dibuat dalam medan
dakwan dan tarbiah. Jika ada kelemahan minta tolong ajarkan.
2 jam sudah berlalu. Semua menadah telinga
mendengar mendengar kisah pengalaman yg berguna. Ada yg tersengguk keletihan. Pakcik
Salleh cuba mengalih topik, semua kembali segar bugar. Dan kali ni soal cinta
dan perkahwinan. Dia mempersoalkan mengenai akhawat lebih cenderung percayakan
orang lain berbanding ikhwah sendiri. Alasan akhawat malu. Dibalasnya api,
lebih malu dengan ikhwah berbanding mat saleh? Balasnya lagi kini berasap, anda
akhawat boleh malu kalau anda mahu jadi isteri saya. Semua hrmm..tak mahu digelengnya…
Ada akhawat yg merasakan dia lebih baik dan tidak mahu menjadikan ikhwah
sebagai suami. Mungkin ego. Awak ni nak kawen ngan saya, awak ni baik sangat
ker? Sebelum kami balik, baru kami tahu bahawa pakcik pernah kawen masa muda
dan kawen muda. Dia beristeri 2 kini. Sinisnya lagi, nanti sambung lagi masa
daurah cinta.hehe.
Takat itu saja kot. Saya pon dah letih
bangat. Jam menunjukkan 4.44 am. Mahu rehat .Esok perjalanan lebih panjang.
20
January 2014
Aku sambung menaip ketika aku sedang baring
dalam koc L8. Agak santai di atas katil tingkat atas. Perjalan dan menulis
seakan dua pasangan yang seakan tidak mahu berpisah. Persamaan mereka sungguh
kuat, kerna keduanya punya naluri yg sama. Naluri yg menyayat hati kerna liku
yg selalu berduri. Bukannya apa hanyalah untuk dikenang oleh diri sendiri
sebagai bekalan sepanjang jalan itupun selagi hayat masih dikandung badan.
Imbas kembali
17
January 2014
Selepas solat jumaat,kami
semua bergegas ke batul zumar(nama sebuah rumah ikhawah di nilai).Semua sibuk
bersiap utk pastikan tidak ada barang yg tertinggal.7 orang cukup cukup muat
untuk sebuah kereta proton Exora. Singgah sekejap di Masjid Nilai utk solat
asar sebelum meneruskan perjalanan ke Senggerang.
Kami berhenti utk makan malam setibanya di
Batu Pahat.Menunya agak menarik iaitu Mee Racun. Apalah yang racun sangat
tu.Tanya kami lagi dalam hati.Aku sendiri begitu teruja utk merasakannya. Aku
nie boleh dikatakan agak songeh jugaklah bila sentuh bab bab makanan ni. Aaaahh
kuahnya macam bistik.Tidak ada apa yg special.hehe..
Malam masih muda.Jam
menunjukkan pukul 9 malam. Kami sudah jamak maghrib dan isyak di perhentian pulas.
Hasil perbincangan kami bersetuju utk berlepak di dataran batu pahat. Dengar
khabarnya agak berwana warni dan meriah Di
dataran,kami berbincang perjalan utk esok hari. Kami cuba menelefon pakcik
pakcik utk buat appointment sebagai confirmation utk edisi jaulah kesokan
harinya.
18
January 2014
Kami sampai ke Senggerang
dalam jam 12 pagi.Di sana kami menginap di rumah saudara Adib.Keluarganya
menyambut baik kehadiran kami.Disediakan 3 bilik dan masing masing ada tempat
tidurnya.Yang lain tidur atas katil.Aku pula memilih utk tidur atas tilam saja.
Semua tidur
nyenyak.Keletihan agaknya.Aku pula tidak boleh tidur malam tu. Mana tidaknya
sudah sebulan aku tidak tidur dikala malam menjelma.Sebulan lamanya aku study
pada waktu malam tanpa henti sehingga solat subuh.Sudah terbiasa gamaknya.
Dalam jam 5 pagi.Aku bergegas bangun dan terus
mandi.Masa berbaki sblm solat asar,diisi dengan solat tahajjud dan bermain pes
2013.Masuk sahaja waktu subuh,kami bergegas ke masjid berdekatan.Kami menjamah
sedikit sarapan.Lalu bergegas betolak ke destinasi pertama.
Destinasi pertama kami
adalah maktab perguruan.Di masjid kami disambut oleh dua orang
mahasiswa..Seorang sudah bergraduasi dan seorang lagi masih belajar di tahun
3.Ada sebuah bilik disebelah kiri masjid.Di situ kami berjumpa dengan tokoh
pertama iaitu ustaz Isa.Kami semua duduk di atas kerusi dan bertaaruf sesame
kami.Habis sahaja taaruf ustaz bertazkirah ringkas.Tazkirahnya menyentuh
perihal berjidal. Mereka yg suka berjidal sebenarnya dalam hati mereka penuh
keraguan. Beliau memberi contoh kisah para nabi nabi.Ustaz seorang yang pakar
dalam taranum dan juga dalam pengajian tafsir Al-Quran.Ustz tidak lama bersama
kami kerna ada urusan lain.Selepas menjamah sedikit sarapan nasi lemak.ustz isa
bergegas keluar dan digantikan oleh isterinya ustazah ummi.ustazah bertanya
perihal perkembangan di USIM.Naqib kami saudara wafy bercerita sedikit
sebanyak.Akhir kata ustazah menasihati kami agar terus istiqamah dalam jalan
ini.Istiqamah bukanlah bermaksud duduk tak buat apa,tapi berusaha utk terus
memberi sumbangan.

Selepas itu kami singgah
sekejap di kampung ustz Isa.Katanya ada ikhwah uthm sedang berdaurah di situ.
Sampai saja di sana,benar ada program daurah di situ bertajuk usul isyrin.Kami
disambut dengan begitu mesra setibanya kami disana.Kami bertaaruf sedikit
sebanyak dalam bulatan.Program daurah diteruskan seperti biasa dan hanya
sebahagian daripada mereka sempat kami bertaaruf. Mereka begitu peramah dan
mudah mesra. Sekejap sahaja sudah terasa begitu mendalam ikatan persaudaraan
itu wujud. Begitu cepat terasa ramah. Begitu indahnya ukhuwwah ini.Terasa sayu
meninggalkan mereka namun apakan daya perjalan masih jauh.Kami bersalaman dan
menyambung perjalanan ke Pontian.Dalam perjalanan,saya bercakap dalam hati,
mereka golongan yg unik.Tidak mustahil dengan tarbiah golongan seperti mereka
boleh dibentuk.Mungkin Ikhwah dimana mana saja semuanya begitu bisikku lagi.
Di Pontian,kami singgah utk
makan tengahari di rumah abang ipar saudara Miqdam.Masuk sahaja dalam
rumah,sudah terhidang makanan di atas meja.Begitu banyak lauknya berupa
ketam,ikan dan kangkung.Keluarga tersebut dikurniakan dua orang anak
lelaki.Saudara Hasif yg merupakan anak bongsu dikalangan kami riang bermain
dengan mereka.Kami tengok sahaja.Geleng geleng kepala.Habis sahaja solat
berjmeaah di ruang tamu,pakcik yg merupakan ayah kepada abang ipar Miqdam
memberikan sedikit sepatah dua kata.Tidak pernah menyangka, sekadar menumpang
utk menjamah sedikit makanan tengahari rupanya masih ada pengisian hati.Begitu
unik takdir Illahi menentukan perjalanan jaulah kami.Pakcik berumur sudah
menjangkau 80 tahun tapi kelihatan bergitu sihat dan bersemangat.Dia
mengingatkan kami tentang kehidupan ini. Tidak ada sesiapa di dunia ini yg
tidak pernah buat salah. Semua orang akan mati dan destinasi akhir mereka samada
Syurga ataupun Neraka, tapi ingatlah di dunia ini jangan sesekali berputus asa dengan
Allah.Tuhan Maha Pengampun.
Sebelum bertolak pergi, kami
bertangkap gambar dan bersalaman.Aku memeluk pakcik begitu erat.Terasa mendalam
akan sesuatu yg amat dalam menusuk dalam hatiku.Aku juga akan tua,tapi apakah
jiwaku sepertinya pada waktu itu.
Selepas itu perjalan
diteruskan ke kuarters guru.Disana kami menaiki tanggga ke tingkat 4.Kami
memberi salam dan ustaz suhaimi menjemput kami masuk.ke rumahnya.Kami duduk di
atas sofa di ruang tamu.Ustz bercerita mengenai sejarah bagaimana dia terjebak
dalam jalan dakwah ini.Ianya bermula sejak ustz di sekolah menengah
lagi.Kemudian ustz bersama sahabatnya sambung belajar ke Mesir.Ustaz begitu
sedih dengan ramai sahabatnya ketika di Mesir dahulu memilih ISMA.Sedikir
sebanyak ustz bercerita mengenai sejarah IKRAM dan keluarnya ISMA dari jemaah.Katanya
lagi, yang sedihnya orang orang bawahan dalam ISMA tidak menerima maklumat yang
betul dan tepat.Dia menasihati kami supaya banyakkan membaca .Wajib peruntukkan
masa setiap hari sejam utk membaca bacaan tarbiah. Cuba manfaatkan masa sebaik
mungkin ketika masih di alam universiti.
Pukul 4.30 kami bertolak ke
skudai.Hasrat ingin bermain futsal bersama ikhwah utm.Kami menunggu seorang
ikhwah utm di stesen minyak utk menunjukkan kami jalan ke padang futsal.Sampai
sahaja di sana ada beberapa ikhwah sedang menunggu kami.Kelihatan pelik juga
kami sekadar berseluar jean dan tidak ada gaya nak main futsal .Pada awalnya
ada sebahagian dariapda kami tidak mahu bermain.Mungkin agak keletihan dan
pening peinng disebabkan perjalanan yg jauh.Tapi pada akhirnya semua daripada
kami turun bermain.Tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini mungkin.Entah
bila lagi dapat datang ke sini lagi. Kami semua dibahagikan kepada 3 kumpulan.Kelihatan
ikhwah dari USIM lebih menonjol.Saya sumbat satu gol..Ada peluang utk sumbat gol
kedua.Boleh saja rembat masuk gol tapi batalkan hasrat kerna tidak mahu terlalu
rakus sehingga boleh mencederakan keeper.Hehe.
bersambung..tapi dah 2 minggu berlalu terlupa nak sambung....nak sambung ka tak??tanya pembaca laa..kamu laa yg baca tue...
gambar jer lah utk aktiviti malam dan keesokannya...dah malas nak menaip..hehe
keesokannya aktiviti diakhiri dengan bermandi manda di gunung ledang...