"salah satu rahmat allah kepada tentera badar adalah mengantuk dan terlena,apabila mereka terjaga daripada tidur,perasaan takut hilang maka keberanian mendatang....dalam kehidupan ini jangan anda terlalu bermain dengan perasaan......."

pentomen 20 tahun sraz

1

Category:

Hanya gerhana,bukan terbenamnya matahari

Pentomen ini kami dedikasikan untuk rakyat palestin yang mewakili umat islam dalam perjuangan mereka membebaskan kota al-quds.kami amat yakin bahawa kemenangan islam akan tiba.suatu hari nanti kota al-quds tidak lagi bermandikan darah dan khalifah akan kembali memerintah.

Babak pertama.

Sekolah al-azhar

Kisah bermula pada satu pagi yang hening dan damai.burung-burung berkicaun dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

(segerombolan budak form1,lebih kurang 3 orang datang kepada ustaz fadli)

Murid-assalamualaikum mualim,mualim nak tahu tak ,kat sekolah ni ada hantuuuu.

Mualim-wslm, esh2,kamu ni mana ada hantu pada zaman moden ni.

Murid2-betul mualim kami nampak dengan mata kami sendiri kat dorm hujung sekali ,ala kat sebelah tandas tuu.

Murid 3-kalau mualim nak tahu,wajah dia putih melepak.

Mualim-kalaulah begitu rupanya,adatak kamu baca mathurat setiap hari.kalau kamu baca insyallah kamu tidak akan diganggu.

Murid 1-itulah yang pelik tu mualim ,puas kami tahan ngantuk untuk baca mathurat ,tapi nampak juga hantu putih melepak tu.hantu tu macam nak kawin dengan saya jer.tau lah saya ni hensem.cehhh.

Mualim-hai sampai ke situ pulak kamu.ok.esok malam mualim akan buat rondaan.mualim harap kamu baca mathurat denagan ikhlas,bukan sekadar kerana takut kepada hantu yang juga merupakan makhluk allah.

Ramai2-terima kasiah mualim.

Mualim-em..kasih diterima.

(pentas gelap seorang senior buka lampu,manakala 4 orang kawan leka dengan bermain cubic)

Pukul 3 pagi.tersebut la seorang senior pulang daripada kelas.senior tersebut masuk kedalam dorm sebelah tandas lalu membuka lampu.

4 orang sekawan dengan wajah putih melepak

Senior-opocot mak kau.lemah semangat aku.hai nasib baik tak mati sakit jantung.

Ali-naim,kau sound skit budak tu.

Naim-weh,tutupla lampu tu.silau aaaa.pontong stim betul la budak ni.betul tak hazim.

Hazim –emh ,kacau konsertasi aku jer,kalau tak aku la juara cubic ni.

Senior-oh,kamu semuala yang selama ni jadi hantu dikatakan oleh budak form1.

Alif-yela ,habis tu sape lagi, takan beruang kot.

Semua gelak.

Senior-hampa semua ni tak takut ke kena marah dengan warden..

Ramai2-biasa bro..

Senior-tak takut ke kena sebat dengan mudir ke.

Ramai2-biasa bro

Senior-kamu tahu tak cubic yang kamu semua main ni adalah setan.disebabkan benda ,hampa lambat solat,disebabkan benda ni hampa tidur lambat dan disebabkan benda ni hampa kacau budak form 1.maka layak la cubic ni dipanggil sebagai setan.sudah latu ,stopla bermain dengan setan ni.

Ali-hai panas telinga aku mendenagr ceramah malam 2 buta ni

Naim-aku ada satu soalan cepu cemas yang perlu dijawab oleh kamu.kalau benda ni setan,setan tu ape?

Tiba-tiba warden masuk.

Warden-setan tu adalah kamu semua yamg bertopengkan manusia.hai apa nak jadi dengan budak2 ni .sanggup tido lambat semata-mata nak main benda ni.oh,takut projek kantoi,hampa jadi hantu kacau budak form1.

Senior-saya pergi dulu ya mualim.

Warden-hai apasal keras macam batu ni.kalau nak jadi hantu sangat,malam ni hampa tido kat atas tar sampai subuh.takyah tido kat dalam dorm.faham.

Ramai2-faham mualim

Naim-kami janji kami takkan buat lagi.mualim..

4 orang sahabt ni akhirnya terpaksa akur dengan denda yang dikenakan kepada mereka iaitu tidur beratapkan langit yang dihiasi dengan bintang 2 berkerlipan.

Naim-aku rasa kita ni kena berubah la.

Alif –em ,betul tuu, sudah tiba masanya untuk kita kembali kejalan redha illah.mungkin kota al-quds lambat dibebaskan disebabkan dosa-dosa kita.dosa-dosa kita sebenarnya melambatkan lagi kemenangan umat islam.aqumu daulatal islam fi qulubikiun taqum fi ardikum.tegakan islam di dalam hati kamu nescaya tertegaklah ia di bumi kamu.kalau kita nak islam tertegak di atas bumi ini kita kena jadikan diri kita muslim yang sejati lantas menjadi ikutan orang2 yang lalai.

Hazim –sejak bila hang jadi ustaz ni.kagum aku tengok hang macam ni.

Ali-sudah2 jom kita solat sunat taubat berjenaah.

Ramai2-jom…..

Itulah kisah 4 oarang sahabat yang terkenal dengan kenakalan mereka.namun mengambil anjakan peradigma untuk berubah menjadi seorang yang baik demi melihat al-aqsa dibebskan dan islam kembali memerintah di muka bumi ini.

Babak ke2

Pada keesokan harinya,selepas sesi persekolahan yang memenatkan..

Hazim-bosan la.aku ada satu permainan baru yang aku namakan sebagai jumanji.nak main tak.

Alif-boleh ja tapi harap bukan main anak patung laaa.

Ali-macamana cara main dia…

Hazim-senang ja cara main dia.meh aku baca .dua orang akan bertarung dengan membaling dua buah dadu..apabila jumlah kedua –dua dadu menunjkkan angka enam sebanyak 3 kali balingan maka keajaiban akan berlaku.ok ana buka.

Cingggggggg.

Alif-apakata naim dan hazim start dulu.

Naim-satu dua tiga.baling.

Hazim –dadu menunjukkan angka enam.ok baling lagi.

Ali-eh enam lagi la.baling lagi

Naim-asal enam lagi ni,tajde nombor lain ke.

Ali alamak angka dadu masih menunjukkan angka enam,maknanya keajaiban akan berlaku.

Cingggggggggggg.aaaaaaaaaaaaaa.

Ali-alif,, mana naim dan hazim

Alif-kat bawah kotak ni kot.eh takde pun

Ali-cuba baca arahan kat bawah tu.

Alif-setelah balingan menunjukkan angka enam sebanyak tiga kali maka kedua-dua orang akan merentasi masa depan.

Ali-ada tak dia cakap macammana nak balik ke masa sekarang semula.

Alif-mereka berdua kembali semula setelah salah seorang daripada mereka melakukan pengorbanan .,alamak macamana kita nak jawab kat mualimah esok,fannul atfal dah nak dekat nie..

Ali-apa yang dimaksudkan dengan pengorbanan.yee.

Pada tahun 2110,di kota gaza,

Naim terjaga daripada koma.

Naim-eh kat mana aku sekarang

Khalifah-kamu berada di kota gaza di palestin

Naim-sekarang tahun ke berapa.

Khalifah-emm2110

Naim-bukankah palestin berada dalam keadaan peperangan.

Khalifah –ya,tapi itu dulu,sekarang sudah kembali aman.kalau kamu nak tahu seluruh kawasan jajahan zionis sudah kami tawani semula termasuk tel aviv.

Naim-kamu siapa.

Khalifah-saya adalah khalifah umat islam.

Naim-bagaimana khalifah boleh bercakap bahasa melayu.

Khalifah-ohhhhh.dulu saya masuk Matrikulasi di Kuala Nerang, degree di Insaniah, master kat UiTM Merbok dan pHD di uum kat kedah.dan sekarang Malaysia menjadi pusat keilmuwan umat islam seantero dunia manakala bahasa melayu merupakan bahasa perantaraan dunia yang kedua selepas bahasa arab.

Setelah naim pulih sihat seperti sedia kala.khalifah mengajaknya pergi ke kotakota besar di sekitar masjid al-quds.

Khalifah-ini masjid al-aqsa yang dibaik pulih.

Naim-ooo.cantiknya macam masjid kristal.bagaimana palestin dibangunkan begitu cepat selepas peperangan.

Khalifah-walaupun rakyat palestin mengalami tempoh peperangan yang sukar menentang penjajah zionis,kami masih menghantar sebahagian daripada rakyat kami ke seluruh dunia terutama di Malaysia untuk menjadi golomgan professional.pada masa itu kami bersikap optimis iaitu yakin bahawa islam akan menang dan bersiap siaga untuk membangunkan palestin.ternyata janji allah adalah benar .terbukti kini islam sudah menang dan al-aqsa sudah pun dibebaskan.

Sekarang kami mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang.

1.Dalam bidang politik,kami hanya memilih pemimpin yang benar-benar bertaqwa sejak dari zaman remajanya lagi

Wahai sekalian rakyat jelata ,di sini ada pemilihan wakil rakyat bagi parlimen kubang pasu.

Sesiapa diantara kalian yang tidak melakukan perkara yang akan disebutkan nanti ,bolah duduk…..

Di antara saudara ,siapakah yang tidak pernah tinggal solat berjemaah sejak dari zaman remajanya lagi……

Soalan kedua,siapakah yang tidak pernah tinggal solat sunat sejak dari zaman remajanya lagi.

Soalan ketiga siapakah yang tidak pernah tinggal qiamulail sejak dari zaman remajanya lagi.

Alhamdulilah …….

Tahniah anda berjaya menjadi ahli parlimen kubang pasu….

Tahniah2…

2.dalam bidang ketenteraan kami hanya memilih panglima yang perkasa

Antara ujian untuk menjadi seorang panglima ialah lari 5km dalam masa tujuh minit.

Calon-ohh,letih benar aku.

Calon ke 2- yeee ana menang..

Sit up sebanyak 100 kali dalam masa 10 minit…

Calon kurus memenangi sit up

Dalam bidang teknologi ketenteraan pula,kami memiliki cyborg2 yang setia

Tunjuk perarakan

Naim- kenapa wajah cyborg semuanya putih

Khalifah-tanda putih menunjukkan bahawa mereka bersih dan suci.bagi seorang cyborg mereka dikatakan suci sekiranya tidak dijangkiti sebarang virus jahiliah.mereka adalah cyborg yang setia.

Naim –ana ada satu soalan yang masih bermain dalam pemikiran ana.bagaimanakah permulaan kebangkitan islam.

Khalifah –kronologinya sungguh panjang dan mengejutkan,inilah gunanya sejarah….ok.malam ini anta habiskan buku ni.esok kita akan adakan rundingan dengan musuh.

Naim-masih ada musuh lagi yang masih hidup….

Khalifah -esok kamu akan tahu siapa mereka……

Babak ke3

Pada waktu malam yang sememangnya kelam.naim membuka lembaran sejarah palestin yang panjang.

Naim membuka helaian demi helain,tiba-tiba dia terbaca satu muka surat yang bertajuk kebangkitan uamat islam sedunia dalam bidang ketenteraan.

Pada tahun 2012,tentera Israel mengganas,mereka memasuki gaza dan melakukan serangan gerila.mereka turut melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Kisah berlaku di gaza,rakyat yang masih hidup diarahkan untuk membuat barisan lurus oleh rejim zionis.

Bangun2

Baris bagi lurus sikit.

Angkat kepala,semua sekali angkat kepala.,angkat tangan

Mat Israel semua boleh membuat bidikan yang tepat ke dahi.

Kita tembak mereka hidup-hidup

Baik bosss.

1,2,3…..

Tiba-tiba bunyi dentuman bomm.seramai lima cyborg berwajah putih keluar secara serentak melalui tingkap-tingkap yang pecah bertaburan.mereka diketuai oleh cyborg hang jebat.lagak mereka umpama komando Rambo yang terlatih.

Sambil tunjuk aksi tembak menembak ,tayang lcd counter strike.sebanyak 6 tembakan.setiap kali tembakan disusuli oleh teriakan kesakitan mat Israel yang terkena tembakan.

Semua mat Israel mati tergolek.maka teriakan takbir berkumandang .

Allahuakbar3

Dalam masa yang singkat,seluruh bumi palestin dibebaskan daripada kekejaman zionis.

Para cyborg merupakan sejenis robot yang dikawal menggunakan computer.cyborg ini boleh dikawal online oleh semua kaum muslimin yang pakar dalam bidang it dari seluruh dunia.

Setelah berlaku kejadian tersebut,seluruh tanah arab dan Negara islam yang lain telah bersatu dan membentuk satu pemerintahan islam di bawah naungan khalifah.maka benarlah janji allah bahawa islam akan menang dan menjadi ustazatul alam .

Naim berasa sangat kagum dan terus menyelak helaian yang seterusnya yang bertajuk Tiada lagi keraguan dalam islam….

setahun selepas umat islam memenangi peperangan,muncul puak2 yang berhasad dengki dengan islam…..

di tengah pasar tel aviv…..

mamat otak mereng-kalau,betul saudara sekalian yakin dengan allah.apakah pekerjaan allah sekarang,maksudnya apakah yang allah tengah buat sekarang..

keadaan bising

orang ramai terpinga-pinga apakah jawapan yang bernas yang mampu mematahkan soalan cepu cemas tersebut….tiba-tiba muncul seorang budak kecil..

berdiri diatas pentas,lalu berkata ringkas.’Allah menegakkan kebenaran dan menjatuhkan kebatilan’…jangan kamu menganggap bahawa allah persis makhluk seperti kita…..allah adalah tuhan sekalian alam .allah adalah tuhan dan kita hanyalah hamba yang hina..

orang ramai pun bertepuk riang kerana seorang budak kecil mampu menyelamat iman umat islam keseluruhannya.

Dalam keadan islam yang semakin mendapat tempat dihati orang ramai di eropah …zionis dan kaum kufar lain berpindah ke amerika syarikat dan melakukan operasi mereka di sana untuk mnghapuskan kaum muslimin.mereka melakukan penyelidikan dalam projek membuat cyborg kufar standing cyborg orang islam.

Babak ke4

Di rumah putih ,bahagian world order,biro illuminati.

Hazim-macamana bos, nampaknya kekuatan islam semakin kuat

Bos-kalau macam itu apakah nadi kekuatan mereka…

Hazim-saya rasa khalifah tuanku.

Bos- ok,kamu hantar orang kamu bunuh khalifah.dan gunakan teknologi kita yang terkini ,iaitu virus h1n1 yang mampu memabukkan data base cyborg.

Hazim-arahan diterima..

Kesokan paginya pun tiba,rundingan dilakukan didalam bilik kebal.

Khalifah bersama naim masuk diiringi oleh cyborg.manakala presiden bersama pembantunya turut diiringi oleh tiga ekor cyborg kuffar.

Naim-hazim,hazim,ana ni. Hazim akula naim.macamana hazim boleh berada di pihak musuh. Emm.mungkin ditawan kot..naim bermonolog.

Khalifah-kami menawarkan kepada anda perdamaian sekiranya kalian memusuhi kami kami terpaksa mengambil jalan peperangan untuk

Yang pertama adalah kami mahu membebaskan perhambaan manusia sesame manusia kepada pengabdian diri hanya kepada Allah.

Yang kedua kami mahu mengeluarkan manusia dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat

Dan yang ketiga kami mahu mengeluarkan manusia daripada kezaliman kepada keadilan islam.

Presiden –kami mengambil jalan peperangan dan menjadi musuh ummat islam sehingga kami dikalahkan.

Tiba2 hazim menyembur virus h1n1 jenis cyborg,lantas cyborg islam dan kuffar mati bergelimpangan.

Naim-hazim apa yang telah kau lakukan.kita kan dah bertaubat nasuha,takkan buat jahat lagi.kita berjanji untuk menjadi muslim yang sejati.hazim kau dengar tak apa yang aku cakap ni..

Hazim-siapa kamu saya tidak kenal kamu.

Naim-nama aku naim,nama kau hazim,dulu kita kawan rapat,dan malang nasib kita apabila kita dihantar ke masa depan setelah kita berdua bermain permainan jumanji.kau ingat tak semua tu.

Presiden –hahahaha cukupla sandiwara dan segala macam senatreon yang kau lakukan naim,hazim bukan lagi seorang manusia biasa,dia adalah manusia semi cyborg,dia hanya mengikut arahan aku…hahahahah.

Khalifah-nampak nya cyborg kita dijangkiti virus ……mereka mngkhinati perjanjian kita untuk mengadakan dundingan secara damai.

Dengan pantas khalifah mengeluarkan pistol dan membunuh presiden.

Hazim menyembunyikan diri ditepi khemah

Naim-hazim,baik kau menyerah hazim sebelum aku terpaksa membunuh kau kerana mengancam khalifah

Hazim-aku tak ingat apa2.,yang aku ingat…aaahhhaahhhah……..kepala aku sakit

Khalifah-nampaknya kita terpaksa bunuh dia sebelum kejadian lebih buruk berlaku.ingat dia bukan lagi manusia,dia seakan-akan cyborg yang terlatih.

Naim-nanti dulu khalifah dia kawan saya…

Hazim-bunuh aku naim,aku tidak boleh kawal diri aku..sebelum aku …..aaahhhhhhh.

Tiba –tiba hazim meluru laju ke depan pentas dan mengangkat sniper m16.namun langkah naim lebih laju.

Dan satu tembakan mengenai tepat kepala hazim.hazim mati di situ.

Naim meluru keaarah hazim…

Naim-hazim……hazim…. Jangan kau tinggalkan aku …..kita akan pulang bersama…hazim…kita berubah …kita akan menjadi sehabat yang baik….

Khalifah-jangan risau takdir tuhan akan membawa kalian pulang kembali ke tempat asal.ingat naim bagi tahu kepada penduduk bumi bahawa kemenangan islam akan tiba dan islam akan kembali menyinar.hanya gerhana,….. bukan terbenamnya matahari…

Tiba2 penglihatan naim menjadi gelap…

Babak ke5

Di sekolah

Naim-ehhh,silaunya….hazim bangun hazim …

Hazim-eehh…kita kat mana ni….

Naim-cuba baca…

Hazim-majlis 20 tahun al-azhar dan fannul atfal

Naim-ehh tengok tuu ramainya orang….

Mualimah-hai yang kamu tercegat kat atas pentas ni nak buat apa.dah2 turun ..majlis dah nak start nih….

Naim dan hazim-aaa terima kasih,terima kasih,terima kasih ,terima kasih

Hazim-naim dahla tuu.mualimah dah marah tuu.

-tamat-

Disediakan oleh ahmad fauzan bin rusli….

12.55pagi 8 April 2010….

.

Hanya gerhana bukan terbenamnya matahari

Disediakan oleh mualim fauzan.