"salah satu rahmat allah kepada tentera badar adalah mengantuk dan terlena,apabila mereka terjaga daripada tidur,perasaan takut hilang maka keberanian mendatang....dalam kehidupan ini jangan anda terlalu bermain dengan perasaan......."

The Prau of Silent Soul,faisal tehrani

0

Category:

Kabus perjalanan..hal masa depan

Tangan bergetar,mulut menggumam,isyarat satu petanda yang akan berlaku.Mudah cerita mcm ni..

Satu mlm yang cukup nyaman,lori mcm gajah berlaga dengan civic,comel mcm kancil.Sekilas pantas terpampang depan mata.Turun2 je,dengar suara emak sedang nazak,dalam keadaan yang cukup dahsyat ngerinya..

"Argh...argh....argh......"

Lembut,perlahan,menusuk relung hati,

Kaki abah kat atas,kepala kat bawah,terburai nampak seketul otak.Berlumur dan terus mengalir darah pekat,jatuh tumpah menyembah bumi.Laungan jeritan tiga orang anak meminta tolong,memecah sepi.Dekat dan terus menghampiri,mimpi ngeri nampak sendiri.

Inilah yang dikatakan saat nyawa dicabut.Imaginasikan,si anak itu adalah kita,ataupun si abah itu sendiri.

Islam boleh diwarisi,namun iman tidak sama sekali.Khabar ini telus melihatkan bersimpang siurnya bangkai hidup di sana sini.Jantung berdegup dan nadi berdenyut,tp roh mati luput.Jom ambil ibrah dari ikan.

Ikan ni,tidak sama sekali menjadi masin bila masih mampu berenang di dalam air.Namun,bila dilumur dgn garam di depan kuali,pasti lidahkan terasa masin.Inilah yang dikatakan,bila nyawa sudah sampai tarikhnya.

Analogi mudah,takutkan patung ayah singa,ataupun anak singa yang masih hidup?Kita sendiri faham,tp kita faham dgn menggunakan akal,bkn dgn hati.Faham ni sbenarnya dengan otak ke,dengan hati..

Sebab tu la,ramai perokok faham bahaya rokak,siap boleh bg seminar lagi,tp mereka faham dgn akal,bknnya dengan ni(menunjuk tepat ke arah hati).Rujuk firman tuhan juz7,

"Sesungguhnya,ramai manusia dn jin terhumban di dalam jahannam,krn mrk ada hati,tp tak digunakan utk memahami,ada telinga,tp tak digunakan utk mendengar,ade mata,tp tak digunakan utk melihat..."

Benarlah kata2 Allah yang Agung
Justeru,kun minal musyammirina ilal jannah,ilal liqo...

-Kelibat bayang2 Arshavin-

Pelik bin Ajaib

1

Category:


Pelik bin Ajaib,mungkin nama ini sejodoh denganku.Senget kepala tergeliat leher.pekir punya fikir.akirnya pelik bin ajaib adalah clue bagi soalan cepu emas ini.

"kenapa anda tidak mahu berubah?"
sebab.....
"hanya orang tua sahaja yang bertenggek di masjid"
rasanya.........
"nyamuk suka gigit gua la sebab darah gua manis"
masa...............
"time muda belacan harumnya kan sekali sahaja"

apala lu ni,buat sakit otak je ..nama nyamuk perencah belacan pun kau jual.

sudah,sudah,enjoy lagi best.

sedikit sekali insan yang cakna umat.yang ada hanyalah serigala jadian yang toye,dono dan meluat.perghhh,ayat power!!!rosak bahasa.istighfar2.


pengalaman tidak semudah korek taik gigi.berharga dan bermakna.ia datang dan pergi.6 tahun aku menimba ilmu di bumi wakaf hira.perasaan ingin tahu aku,aku gagahkan diri melontarkan soalan ini kepada sahabat yang nakal.

"kenapa anta tidak mahu berubah?"


1>Kerana kami tidak mahu HIPOKRIT.

mereka mahu menjadi diri mereka yang sebenar walau di mana mereka berada.

"aku tak mahu solat sunat,baca mathurat,qiamulail dan ikut usrah di sekolah ,sebab di rumah pun aku tak semua benda nih,"

maknanya hampa nak masuk nerakalah......
bengang juga aku.........

2>Kerana kami lebih banyak makan ASAM GARAM.

selalunya luahan ini datang drpd mat senior kpd si budak mentah junior yang berani menegur kesilapan mereka.

"eh,baru setahun jagung,memandai-pandai tupai budak hingusan ini nak tegur aku."

patutla cepat dapat darah tinggi sebab makan garam terlebih..........
senior tu ego terlebih melo..........

3>Kerana HIDAYAH tak sampai lagi kot.

"hati kami sudah gelap,namun awan tak selalunya mendung,bila tiba masanya mentari akan muncul dan hidayah akan sampai lantas kami akan bertaubat nasuha."

kematian tidak kenal erti masa......
dan apakah ini jawapan yang akan dijawab dihadapan Allah.......

4>Biar orang nampak kami JAHAT,tapi sebenarnya hati kami BAIK.

ini mesti kes budak movie nie,ala macam cerita Robinhood,secara zahir curi harta bangsawan,sirr sedeqahkan harta tersebut kepada orang miskin.
matlamat tidak menghalalkan cara........
heh,lu ni bukan artis,ingat,tapi seorang hamba ALLAH..................

5>Sebab mereka semua tidak MENEGUR aku..

"ana berasa bangga dan selesa dengan gaya rambut punk kerana kawan2 ana tidak pernah menegur ana,yeyeh,yeyeh......."

dah tahu benda tu salah,nak buat jugak,pelik2........
siapa sangka orang yang bersalah ingin jugak mendapat teguran........

6>Sebab orang baik TIDAK mahu berkawan denganku.

" aku jadi jahat sebab orang baik tak mau kawan dengan aku.faham."

aku rasa hang kot tak faham,macam mana orang baik nak kawan dengan hang sebab hang kata hang jahat.

cuba hang jadi baik,nik aziz pun nak kawan dengan hang apa..........
kawan kan cerminan diri........

belum sampai kepada konklusi.mungkin perspektif yang tidak matang ini menjadi penghalang mereka untuk berubah.remaja ini kuat dengan prinsip.kita perlukan hujah yang pedas yang membuatkan mereka sedar akan bahana 6 perspektif yang pelik bin ajaib.mungkin saudara lebih arif drpd saya ,tidak salah kongsi pendapat anda tentang perihal yang kita bincangkan ini.....sekian saja daripada saya.saya dahului dengan ucapan terima kasih.
hasil analisa by ahmad fauzan bin rusli












Tersenyum.........

0

Category:


Peribadi muslim itu umpama hujan.Di mana dia berada dia membawa manafaat dan memperbaiki keadaan bukan menyusahkan.Andai sahabat taulan dirundum rindu dan pening lalat kerunsingan,ada baiknya anda membuatkan dia tersengeh kegembiraan.Betulkan?

Ingin sekali ana kongsikan 1cerita dan1kuiz yang dulunya pernah membuatkan ana kering gusi sakit gigi namun mampu membuatkan lidah anda tergeliat lidah tak terkata.Itupun kalau anda sudi terus komited membaca.apa-apa pun lantak dan layan jer.

CERITA:TEMPAT MASJID AL-AZHAR,MASA 4/3/2010

Ustaz Ridhwan melilaukan matanya melihat para pendengar,ada yang mengantok tak kalah juga yang terlentok.Ustaz pun selamba bercerita.

Tersebutlah 3 orang anak teruna yang bernama Wahab,Wahib dan Wahub.Mereka galak menutur bicara sambil tangan menggaru kepala.

"Aku rasalahkan aku adalah manusia yang paling bangga di dunia kerana bapak aku mati meninggalkan 1 billion dolar kepadaku.Aku tak payah dok kerja,apa yang aku buat,aku tidor,lepak,santai dan goyang kaki,heheheh"kata Wahab jongang.

"1billion dolar tak ke mane la beb,buat perut buncit adala.Aku sebenarnya manusia yang paling gembira di alam semesta ini sebab bapak aku mati meninggalkan sebuah istana setinggi lampai al-Burj dan sebuah kereta Ferrari Feri Blueberry bapakku beri erghhhhhhhh."kata Wahib terbelahak.

"Namun apa-apa hal memang hampa tak leh cabar aku,comfirm tak leh cabar aku,memang tak leh cabar pun,sebab bapak aku mati meninggalkan dunia,haaaaaaaa".kata Wahub mengantuk lakot.

"BESAR OOOOOO.Kalah bapak aku,sampai sanggup tinggalkan dunia.esh,esh,esh,esh."sambut Wahab ternganga.

"Hang nak buat apa dengan dunia tuuu"celah Wahib keriangan.

"Hampa pikir la sendiri.Baru dapat 1billion dah riak,dapat dunia tak tau la nak kata apa,bawak sampai ke mati agaknya."jawab Wahub menjeliling juling.


KUIZ:TEMPAT SEKOLAH HIRA,MASA TAHUN SPM 2009,KELAS 5MASUD.

Nak kata tengah berangan,memang dah bosan.Nak kata asyik termenung,memang dah otak melayang. Itulah tandanya mood study dah meracau.peace!!!!!!!!

Tiba-tiba ,Syazwan menyampuk manja,kuiznya berbunyi begini..........

"Sebab apa sebuah kawasan mengalami banjir yang teruk ketika musim tengkujuh?"soal sahabatku Syazwan Torres dengan gaya freestyle.


"sebab kerajaan BN tak buat parit dan longkang"
"atau juga sebab PR tak membangkang"
"daerah tu bukan kawasan panas la rasanya"

"Semuanya salah,jadi habis tu apa yang betul"aku protes mentah-mentah melihat gaya freestyle geleng-geleng no angguk-angguk Syazwan.

"Cuba la lagi,nikan + @ - yang susah ko leh jawab,takkan la sesimple this question ngak bisa jawab.esh malu den."balas Torres le sapa lagi...

"sebab hujan lebat sangat"
"bukan"
"sebab parit tersumbat"
"bukan"
"sebab memang dah nak banjir buat macamane"
"bukan"
"ok!sekarang gua surrender,what is the true answer"
"jawapan nye sebab adanya..................."

Den sudah tahu jawapannye,tapi tak leh bagitau dulu.Hampa jawab la sendiri kat shoutbox ye.
Hadiah menanti anda ,opssss

nantikan episod akan datang.....
hasil nukilan fauzan rusli kedah mai